KSN terima KPI semua KSU 7 Mei

PUTRAJAYA – Laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) semua Ketua Setiausaha (KSU) kementerian akan dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar pada 7 Mei ini.

Shamsul Azri berkata, laporan berkenaan kini sedang diteliti oleh sebuah jawatankuasa dipengerusikan Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum diserahkan kepadanya untuk semakan.

“Jawatankuasa ini sedang bersidang, pada 7 Mei laporan akan diberikan kepada saya untuk dinilai semula,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan program Putrajaya City Trail Siri 1/2025 anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) hari ini.

Turut hadir KSU Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Shamsul Azri berkata, laporan itu akan diteliti secara menyeluruh bagi menyemak dan memberi pengiktirafan terhadap prestasi setiap kementerian.

“Kita bukan hendak menghukum. Konsepnya ada dua, iaitu demerit dan remerit.

“Jika kementerian membuat sesuatu yang tidak baik, kita akan demerit. Tetapi, jika (kementerian) melaksanakan perkara baik, kita akan remerit,” katanya.

Sebelum ini, Shamsul Azri dilaporkan berkata, prestasi kesemua 27 KSU akan dibentangkan kepadanya bagi menginstitusikan sistem pemantauan perkhidmatan awam supaya lebih dinamik dan berasaskan data.

Katanya, laporan itu adalah penanda aras penting dalam pelaksanaan sepenuhnya Penilaian Prestasi Demerit (DEEP), iaitu satu mekanisme kawalan strategik bagi meningkatkan tahap akauntabiliti dan tadbir urus dalam perkhidmatan awam.

Related Posts

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

KUCHING – Keputusan dasar berhubung tuntutan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak telah dipersetujui di peringkat kepemimpinan tertinggi negara, dan proses selanjutnya kini diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acara kemuncak Hari Malaysia di BCCK janjikan kelainan, pengunjung dinasihat pakai pelitup muka

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia ke-63 Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada malam 16 September ini bakal menjanjikan pelbagai pengisian istimewa buat pengunjung. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan