Kerajaan PN Perlis ‘kaku’ lihat pencabulan Gua Cenderawasih

KANGAR – Isu pencabulan alam semula jadi Gua Cenderawasih di Bukit Lagi di sini dilihat seolah-olah cuba disenyapkan oleh kerajaan negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN), sekali gus mencetuskan persoalan terhadap komitmen sebenar mereka dalam menjaga khazanah warisan negeri.

Pempengaruh media sosial, Datuk Syed Azuan Syed Ahmad atau lebih dikenali sebagai DSA, mempersoalkan sikap membisu pentadbiran kerajaan PN dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang sehingga kini gagal mengambil sebarang tindakan tegas berhubung pelanggaran serius terhadap tapak Geotapak Kebangsaan itu.

“Kenapa tiada tindakan pantas dan menyeluruh, sedangkan Exco Alam Sekitar mengetuai Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan Perlis?

“SUK melalui Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN) serta jabatan-jabatan lain juga turut berada dalam badan itu,” katanya kepada The Malaysia Press.

Menurut Syed Azuan, pentadbiran Kerajaan Negeri dilihat terus membisu hampir seminggu walaupun aktivis alam semula jadi dan komuniti Geopark menjerit di media sosial agar kerakusan dan pencabulan alam itu dihentikan segera.

Katanya, beliau sangat memahami perasaan aktivis alam semula jadi dan komuniti Geopark Perlis kerana kelompok itulah yang bertungkus-lumus memperjuangkan pengiktirafan Perlis sebagai Geopark Kebangsaan.

Isu pencabulan alam semula jadi itu mula tercetus selepas sekumpulan aktivis membantah pembinaan sebuah kafe yang diberi kebenaran oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di dalam Gua Cenderawasih, salah satu tapak geologi paling penting di Perlis.

Lebih mengejutkan, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh Exco atau jabatan berkaitan meskipun isu berkenaan tular hampir seminggu, sebelum Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli mengarahkan pembinaan dihentikan sementara waktu selepas kerajaan PN diasak bertubi-tubi oleh netizen di media sosial.

Dalam pada itu, DSA berkata, tindakan mengecat permukaan batu kapur gua tersebut dengan cat kapur adalah satu pencabulan terhadap ekosistem semula jadi dan melanggar peruntukan di bawah Seksyen 62, Akta Warisan Kebangsaan 2005.

“Saya bersama aktivis alam semula jadi dan komuniti Geopark Perlis amat bimbang kerakusan pembangunan ini akan memusnahkan kelestarian alam yang menjadi warisan generasi akan datang.

“Kita juga khuatir status Geopark itu sendiri terancam dan segala usaha Perlis untuk meraih pengiktirafan peringkat UNESCO seperti jirannya, Langkawi dan Satun, Thailand hanya tinggal impian,” tegasnya.

Tambah beliau, pembukaan kafe di dalam gua yang sebelum ini menjadi habitat kelawar turut menimbulkan risiko keselamatan makanan dan kebersihan sekitar lokasi pelancongan itu.

Katanya lagi, pihak MPK sepatutnya merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sebelum sebarang pembangunan dilakukan dalam kawasan geotapak sensitif seperti Gua Cenderawasih.

“Tindakan bersendirian tanpa penyelarasan bersama jabatan-jabatan lain dalam jawatankuasa tersebut menggambarkan kelemahan pentadbiran yang kucar-kacir dan tidak sistematik.

“Situasi ini jelas menunjukkan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri bertindak mengikut haluan masing-masing, bukannya bergerak sebagai satu pasukan pentadbiran yang cekap dan bersepadu,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak