Warga Bangladesh ditahan lombong bijih besi secara haram

KUANTAN – Tiga lelaki termasuk dua warga Bangladesh ditahan kerana disyaki melombong bijih besi secara haram di Sungai Ganoh di Hutan Simpan Bukit Ibam Muadzam Shah, dekat Rompin, Selasa lalu.

Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dalam hantaran di Facebook memaklumkan, suspek ditahan petugas Batalion 7 PGA dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) dalam Op Bersepadu Khazanah pada jam 3 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati kegiatan melombong dilakukan dua lelaki warga Bangladesh dan pemilik lombong yang juga lelaki tempatan gagal menunjukkan lesen pelombongan bijih besi yang sah.

“Warga Bangladesh itu juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” menurut hantaran itu.

Suspek ditahan berumur 40 hingga 50 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 159 dan 137(a) Akta Enakmen Mineral Negeri 2001 dan Seksyen 55B serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Peralatan serta jentera digunakan untuk melombong yang dianggarkan bernilai RM1.25 juta turut dirampas.

Related Posts

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

KUANTAN – FELDA yang sekian lama menjadi nadi pembangunan ekonomi luar bandar memerlukan anjakan paradigma baharu bagi memastikan kelangsungan hidup peneroka dan generasi kedua tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya
  • AdenAden
  • October 4, 2026

BATU PAHAT – Tiga pelajar lelaki ditahan setelah disyaki ada kaitan dengan kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, dekat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

Teguk petrol macam minum air, Malaysia diingatkan jangan ulang silap Eropah

Teguk petrol macam minum air, Malaysia diingatkan jangan ulang silap Eropah

Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

  • By Aden
  • October 4, 2026
Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat