Cadangan pelebaran Jambatan Sg Batang Padang, KKR sedia perhalusi – Alexander

GENAP seminggu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning berlalu, namun, gerak kerja pembangunan di kawasan tersebut terutama demi keselesaan rakyat, tetap terus dirancang dan dilaksanakan.

Sebelum dan ketika berlakunya kempen PRK, isu penyuraian trafik di pekan Tapah antara isu terhangat yang sering diperkatakan terutama dibahaskan di media sosial.

Terbaharu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Batang Padang telah memberi cadangan berkaitan pelebaran jambatan itu kepada Kementerian Kerja Raya (KKR).

Ketika siri tinjauan KKR yang turut dihadiri Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kementeriannya bersedia untuk memperhalusi cadangan pelebaran Jambatan Sungai Batang Padang sebagai sebahagian daripada penambahbaikan kepada penyuraian trafik laluan sehala di pekan Tapah.

Ujarnya, difahamkan sekiranya ada pertambahan satu lagi laluan di jambatan sepanjang 54.52 meter itu, ia memerlukan peruntukan tambahan RM15 juta.

“Sehubungan itu, Kerajaan Negeri Perak perlu mengangkat cadangan itu kepada KKR untuk kita menilai sebelum diusulkan kepada Kementerian Kewangan atau Kementerian Ekonomi bagi tindakan lanjut.

“Saya difahamkan sekiranya ada pertambahan satu lagi laluan di jambatan berkenaan maka ia memerlukan peruntukan tambahan RM15 juta,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng serta ADUN Ayer Kuning, Dr Mohamad Yusri Bakir.

Menurut Alexander, walaupun KKR bersedia mengkaji cadangan tersebut, bagaimanapun ia tetap memerlukan kajian menyeluruh daripada pelbagai sudut termasuk tahap keperluan projek berkenaan kepada rakyat.

Mengulas lanjut berkaitan perlaksanaan sistem jalan sehala di Pekan Tapah, ujar beliau, kesesakan jalan raya telah dapat dikurangkan sekitar 30 sehingga 50 peratus.

“Usaha penyuraian yang telah dimulakan sejak 23 Ogos 2024 dengan kos RM2.2 juta ini kini 97 peratus siap dan dijangka selesai menjelang Mei tahun ini.

“Projek jangka pendek ini yang dilaksanakan oleh JKR Daerah Batang Padang dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), melibatkan penutupan dua lampu isyarat utama dan naik taraf pelbagai infrastruktur jalan,” katanya.

Jelas beliau lagi, bagi perancangan masa panjang, pihaknya difahamkan Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mempertingkatkan kelancaran trafik dengan membina laluan Bypass.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini.

“Ini sebuah bukti nyata komitmen Kerajaan MADANI untuk menyelesaikan isu kesesakan di kawasan bandar kecil dan luar bandar,” tambahnya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri telah mengumumkan pelaksanaan kaedah penyuraian trafik membabitkan kaedah laluan sehala tanpa lampu isyarat di Pekan Tapah sebagai kaedah mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak.

Ia membabitkan dua fasa dengan fasa pertama melibatkan kos sebanyak RM2.2 juta daripada peruntukan Persekutuan.

Sementara fasa kedua menelan belanja RM17 juta daripada peruntukan pembangunan negeri.

Related Posts

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian
  • AdenAden
  • October 5, 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan secara teratur, bertanggungjawab dan berlandaskan undang-Undang berhubung isu pengurusan pelarian, kata Memteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara