Kerosakan tangki ‘wet riser’ punca pejabat Menara Kinabalu dinaiki air – JKR Sabah

KOTA KINABALU – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengesahkan punca pejabat di Menara Kinabalu terjejas dinaiki air akibat limpahan air dari sistem tangki simpanan kebakaran yang rosak di sini pada Rabu.

Pengarah JKR Sabah, Datuk Philemon Lajawai dalam kenyataan berkata, limpahan berlaku pada 30 April, pukul 12.25 tengah hari berpunca daripada kerosakan komponen ‘float valve’ pada tangki simpanan sistem pencegah kebakaran (wet riser) di aras 11 bangunan berkenaan.

“Pada masa yang sama, pam air sistem bekalan air paip telah mengepam air secara automatik dan berterusan ke tangki tersebut.

“Kelewatan pihak syarikat pengurusan fasiliti, Sinar Uni-Resources Sdn Bhd untuk menutup pam air mengakibatkan lebih 34,000 liter air melimpah dalam tempoh 45 minit.

“Akibatnya, beberapa aras termasuk Aras 11, 10, 9, 8, dan 7 serta kawasan lif dan tangga kecemasan telah dinaiki air.

“Komponen rosak itu telah diganti serta-merta,” katanya pada Khamis.

Tambah beliau, sebagai langkah keselamatan, lapan unit lif ditutup serta-merta bagi pemeriksaan dan penyelenggaraan.

“Walau bagaimanapun, satu lif kakitangan disahkan selamat dan beroperasi semula pada jam 6.00 petang manakala satu lif kargo tidak terjejas dan kekal beroperasi.

“Kerja-kerja pembersihan selesai dilakukan sepenuhnya pada pukul 11.30 malam, 30 April,” jelasnya.

JKR Sabah memberitahu perkhidmatan jabatan-jabatan kerajaan yang terkesan masih beroperasi seperti biasa dan satu siasatan terperinci sedang dijalankan bagi memastikan tiada unsur kecuaian serta mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar