Feri Pulau Pinang catat sejarah bawa 5 juta penumpang

BUTTERWORTH – Perkhidmatan feri Pulau Pinang mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya mencapai 5 juta penumpang sejak mula beroperasi pada Ogos 2023 hingga hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Port Sdn Bhd (PPSB), Datuk V Sasedharan berkata, pencapaian ini membuktikan bahawa perkhidmatan feri kekal relevan sebagai nadi pengangkutan awam penting bagi rakyat negeri ini, termasuk pelancong.

“Ini bukti jelas penerimaan masyarakat terhadap feri baharu yang kini memainkan peranan penting menghubungkan tanah besar Seberang Perai dan Pulau Pinang.

“Kami amat berbangga kerana dalam tempoh 17 bulan, kita berjaya membawa 5 juta penumpang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pencapaian 5 juta penumpang feri di Pangkalan Sultan Abdul Halim, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi PPSB, Datuk Seri Syed Mohamad Syed Murtaza.

Dalam pada itu, Sasedharan berkata, perkhidmatan feri menyaksikan peningkatan penumpang sebanyak 5.8 peratus jika dibandingkan tempoh Januari hingga Mac tahun ini, sekali gus menunjukkan tren peningkatan yang positif.

“Majoriti pengguna ialah pejalan kaki iaitu sekitar 74 peratus, manakala selebihnya adalah penunggang motosikal.

“Mereka kebanyakannya berulang-alik ke tempat kerja, termasuk ke pusat bandar seperti KOMTAR dan sekitar Georgetown,” jelasnya.

Beliau berkata, dalam usaha menarik lebih ramai pengguna, PPSB turut merancang untuk meningkatkan promosi secara agresif termasuk melalui kerjasama dengan pihak Tourism Malaysia dan pengiklanan dalam perkhidmatan ETS.

“Kami juga telah menyelaraskan jadual feri bagi menyokong jadual ketibaan ETS agar memudahkan pelancong dan penumpang tempatan membuat pertukaran pengangkutan dengan lebih efisien,” katanya.

Buat masa ini, operasi feri melibatkan empat buah feri yang beroperasi bergilir, dengan tiga buah semasa waktu puncak dan dua buah semasa luar waktu puncak, bermula seawal jam 6 pagi hingga 8.30 malam.

Namun begitu, Sasedharan mengakui operasi feri masih belum mencatat keuntungan meskipun jumlah penumpang meningkat, berikutan kos operasi yang tinggi.

“Kita masih mengalami kerugian dari segi keuntungan operasi. Walaupun peningkatan jumlah penumpang dapat mengurangkan jurang kerugian, namun belum mencapai tahap keuntungan.

“Ini adalah sebahagian daripada konsesi yang kita laksanakan demi kepentingan rakyat,” katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, PPSB tetap komited untuk menambah baik mutu perkhidmatan berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pengguna.

Related Posts

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas

Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas

Pengalaman tidak dipeduli MIC, Rajagopal ubah sokongan kepada Pakatan Harapan

Pengalaman tidak dipeduli MIC, Rajagopal ubah sokongan kepada Pakatan Harapan

FELCRA agih untung interim 1 2026 RM126.9 juta

FELCRA agih untung interim 1 2026 RM126.9 juta