Lelaki maut ketika sertai aktiviti pendakian

TAIPING – Seorang lelaki yang juga pegawai kesihatan, meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas ketika menyertai aktiviti pendakian di Bukit Larut, di sini, pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar jam 10.40 pagi.

Ujarnya, seramai 21 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting dan Taiping digerakkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa dilaporkan telah mengalami sesak nafas di kawasan berhampiran ‘check point’ empat, kira-kira 3 kilometer (km) dari kaki Bukit Larut.

“Berdasarkan maklumat itu, pasukan bomba telah pergi ke check point tiga dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

“Seterusnya berjalan kaki ke lokasi mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Sabarodzi, mangsa, Ahmad Saharim Saudi, 50, merupakan salah seorang daripada 123 peserta program pendakian yang disertai kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Kangsar dan PKD Larut, Matang dan Selama.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum di bawa turun ke kaki bukit.

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Shahrul Nizam Murad itu tamat sepenuhnya pada jam 1.31 tengah hari.

Related Posts

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

KOTA KINABALU – Kerjasama antara Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) terus diperkukuhkan di peringkat bahagian, susulan kehadiran pimpinan ketiga-tiga parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa melaksanakan reformasi menyeluruh bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja perubatan, selain memperkukuh tahap keselamatan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sabah dan Sarawak. Ahli Parlimen Bandar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR