Belia pemacu kemajuan, kecemerlangan Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU – Golongan belia Sabah berperanan penting dalam memacu kemajuan serta mencorak kecemerlangan negeri setanding negeri-negeri lain di Malaysia, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut beliau, Sabah kini berada di ambang transformasi besar dan Kerajaan Negeri sedang bekerja keras untuk memastikan negeri ini terus cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosial, pendidikan dan infrastruktur.

“Untuk mencapai matlamat Sabah Maju Jaya (SMJ), kita memerlukan tenaga, idea dan semangat daripada golongan muda.

“Saya berharap anak-anak muda terus memberi sokongan kepada agenda kerajaan agar Sabah menjadi negeri maju, sejahtera dan berdaya saing.

“Saya yakin belia negeri ini adalah pemimpin masa depan yang bukan sahaja cerdas tetapi juga berintegriti dan berkarakter,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib sempena Program Perintis Muda di Hati Ketua Menteri dan Sambutan Hari Antidadah Peringkat Negeri 2025 di UiTM Cawangan Sabah, di sini pada Rabu.

Hajiji berkata, pembangunan modal insan diberi keutamaan dalam Pelan Hala Tuju SMJ 1.0 sebagai aset penting membina masa depan negeri dan negara agar generasi muda terus kompeten, inovatif, berdaya tahan dan berwibawa.

Tambahnya, Kerajaan Negeri juga komited memperkasa bidang pendidikan melalui pelbagai bantuan dan inisiatif untuk anak-anak Sabah.

“Tahun ini, sebanyak RM75.5 juta diperuntukkan bagi 13 inisiatif bantuan pendidikan termasuk BUDI, BAKTI, SENTOSA, subsidi tiket penerbangan GRS-SUBFLY dan bantuan komputer BAIK.

“Peruntukan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) juga telah ditingkatkan daripada RM51 juta kepada RM128 juta bagi membolehkan lebih ramai pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif ini penting bagi memastikan tiada anak Sabah tercicir daripada mengejar cita-cita hanya kerana kekangan kewangan.

“Matlamat kita adalah untuk melahirkan belia yang berilmu, berkemahiran dan mampu bersaing di peringkat negeri, negara dan antarabangsa,” katanya.

Kerajaan Negeri turut memberi sokongan kepada program memperkasa belia seperti Program Perintis Muda di Hati Ketua Menteri yang menjadi platform melatih kepimpinan generasi muda.

“Program ini melatih belia bukan sahaja sebagai pemimpin masa depan, tetapi juga sebagai pemangkin transformasi sosial dan ekonomi serta usaha membanteras penyalahgunaan dadah secara holistik,” katanya.

Ujar beliau, program anjuran Majlis Belia Sabah (MBS) itu turut memperkasa belia dengan kemahiran kepimpinan, pengurusan projek, penyelesaian masalah komuniti serta memupuk semangat patriotisme dan kenegaraan.

“Belia adalah tunjang pembangunan negeri, bukan sahaja dari aspek ekonomi, tetapi juga dalam membina Masyarakat MADANI dan memperkukuh komuniti di peringkat akar umbi,” katanya.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

GOPENG – Penantian pasangan suami berbaloi apabila menjadi pemenang utama hadiah cabutan bertuah, sebuah motosikal jenis SM Sport 110cc di Program MADANI Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng bertempat di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu