Keputusan analisis video skandal ADUN Sabah diperoleh minggu depan – Azam Baki

KETUA Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan bahawa keputusan analisis terhadap klip video dakwaan skandal rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berkaitan isu pelesenan lombong mineral dijangka diperolehi minggu depan.

Azam berkata, laporan forensik terhadap kesemua video itu memerlukan penelitian rapi sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Saya jangka dalam seminggu lagi (keputusan analisis terbabit) akan keluar. Semua pihak bertanya kenapa lambat dan sebagainya, saya sendiri tidak mahu berlaku kelewatan.

“Ia memerlukan sedikit masa kerana bukan hanya ada satu tetapi 10 video,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Persidangan Antirasuah Asia Tenggara di Putrajaya International Convention Centre (PICC), di Putrajaya pada Selasa.

Turut hadir Presiden Kesatuan Antirasuah Asia Tenggara (Sea Actions), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Persidangan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Seri Mustafar Ali.

Terdahulu, Azam berkata, seramai lapan ADUN dipanggil semula dan video terbabit dimainkan di hadapan mereka untuk mendapatkan penjelasan mengenai apa yang berlaku.

Menurut portal berita, video berkenaan didakwa memaparkan perbincangan mengenai skandal rasuah berkaitan projek cari gali mineral di Sabah.

Video terbabit yang dikaitkan dengan beberapa ADUN Sabah didakwa membincangkan ‘rasuah’ bernilai ratusan ribu ringgit yang diberikan kepada mereka sebagai balasan untuk mendapatkan projek di negeri itu.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

PUTRAJAYA – Pelaksanaan e-Invois merupakan antara langkah strategik dalam memperkukuh sistem percukaian negara, selain menyokong pendigitalan ekosistem perniagaan ke arah pengurusan transaksi yang lebih cekap, sistematik dan telus. Bagaimanapun, peralihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri