Kebakaran paip gas: 150 keluarga terima bantuan bayaran sewa rumah 3 bulan

LEBIH 150 keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden kebakaran paip gas di Putra Heights telah menerima bantuan bayaran sewa rumah selama tiga bulan daripada Kerajaan Selangor.

Exco Perumahan dan Kebudayaan, Datuk Borhan Aman Shah berkata, bantuan sebanyak RM2,000 sebulan itu disalurkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) secara pemindahan terus ke akaun mangsa yang terlibat.

“Ahad lepas saya maklum 70 keluarga mangsa sudah terima dan kemas kini data terbaharu terdapat tambahan lagi dengan jumlah keseluruhan lebih 150 keluarga sudah menerima bantuan sewa setakat ini.

“Arahan Menteri Besar adalah untuk memastikan bantuan ini terus dimasukkan ke dalam akaun mereka. Sebanyak tiga bulan bantuan, iaitu RM6,000, telah disalurkan secara langsung,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Krematorium Moden di Kuala Langat di Quayside Mall, Kuala Langat, hari ini.

Menyentuh pembinaan rumah, Borhan berkata, ia masih dalam perbincangan dan perkara berkenaan akan diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam masa terdekat.

“Untuk bina baru masih dalam perbincangan lagi nanti Menteri Besar umumkan sebab kita ada beberapa kategori kemusnahan rumah yang harus dikaji sama ada kerosakan keseluruhan atau kecil.

“Menteri Besar sedang berbincang dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta agensi berkaitan,” katanya.

Terdahulu, Amirudin dilaporkan berkata seramai 396 ketua isi rumah yang terlibat dalam insiden kebakaran di Putra Heights layak menerima bantuan sewa rumah selama enam bulan dengan bayaran RM2,000 sebulan.

Kebakaran pada 1 April itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur lebih daripada 40 peratus, 81 rumah lagi separa musnah, 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar, dan 218 rumah tidak terjejas, termasuk di Kampung Tengah, Puchong.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP