PM ucap takziah kepada keluarga Setiausaha Agung IKRAM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacitanya atas pemergian Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia, Shahrul Aman Mohd Saari yang meninggal dunia di Institut Kanser Negara (IKN) pagi ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Mengutus takziah kepada keluarga allahyarham saudara Shahrul Aman yang telah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi di IKN.

“Mendoakan ruhnya diberi keampunan dan keluarganya diberi kekuatan setingginya saat ini,” katanya di Facebook pada Isnin.

Anwar berkata, Allahyarham pernah memimpin Bersih sekitar tahun 2018.

Sementara itu, IKRAM dalam satu kenyataan memberitahu bahawa jenazah Allahyarham Shahrul Aman disolatkan hari ini selepas solat Zuhur di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan.

Related Posts

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

MARUDI – Sebuah helikopter sewa khas yang dipercayai membawa lima individu bagi perkhidmatan doktor udara dilaporkan terhempas di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang. Insiden nahas yang dilaporkan berlaku pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

  • By Aden
  • September 8, 2026
PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat