5 formula ‘ABCDE’ mampu tawan Kedah – Ahmad Maslan

ALOR SETAR: Lima formula ‘ABCDE’ yang digunakan dalam lima pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini terbukti membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) boleh digunakan untuk merampas Kedah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, formula itu membabitkan aktiviti; berpadu; calon; data dan emosi.

Katanya, kaedah itu adalah aktiviti yang berterusan, berpadu semua jentera, calon yang terbaik, data yang amat penting dan emosi pengundi yang stabil di tempat PRK diadakan.

“Sudah lima siri PRK diadakan dengan UMNO menang bermula di Tioman, Pelangai, Nenggiri, Mahkota dan Ayer Kuning. Ini menunjukkan bahawa jika kita berusaha dengan formula ‘ABCDE’ maka kita boleh memenangi pilihan raya-pilihan raya kecil, negeri mahupun umum.

“Saya haraplah momentum kemenangan PRK lima berturutan ini akan sampai ke Kedah juga. Dalam politik, tak ada yang mustahil. Pada PRU14, Tun Dr. Mahathir Mohamad menang besar di Langkawi, pada PRU15 beliau hilang deposit.

“Jadi, kemenangan sesebuah parti tidak kekal selamanya termasuklah di Kedah ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Kedah di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad berkata, faktor emosi amat penting untuk dijaga kerana perkara itu terjadi ketika PRK Sungai Bakap.

“Di Sungai Bakap ada gangguan emosi kepada pengundi. Pertama berkenaan titah adendum, kedua BlackRock, ketiga subsidi diesel dan keempat kerana tekanan airnya rendah tapi tarif naik.

“Ada faktor emosi yang menyebabkan gangguan kepada perasaan pengundi terhadap kerajaan ketika itu sebab itu Sungai Bakap kita kalah tapi emosi itu tidak ada di Ayer Kuning, maka emosi yang stabil ini penting pada masa-masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, CIDB menyasarkan mewujudkan sekurang-kurangnya satu Makmal Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) di setiap negeri yang boleh membantu menyelaraskan proses pembinaan, meningkatkan kecekapan dan memberikan faedah jangka panjang kepada kontraktor.

Katanya, setakat ini terdapat lima Makmal BIM yang telah beroperasi iaitu di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Sabah.

“BIM ini dapat membantu penggiat industri pembinaan menyediakan pelan pembangunan projek menggunakan model tiga dimensi (3D) yang boleh memberikan keberkesanan kepada penyelenggaraan aset, pembinaan aset, mengurangkan kesilapan pembinaan serta mengurangkan kos sesebuah projek.

“Sebab itu, CIDB bercadang untuk menambah tujuh lagi Makmal BIM iaitu di Melaka, Perak, Perlis, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Kedah, setakat ini penggunaan BIM di Malaysia adalah sebanyak 55 peratus, walaupun ia lebih tinggi berbanding beberapa negara lain, kita mahu ia terus dipertingkatkan,” katanya.

Related Posts

Kerjasama Pas-UMNO hanya untuk jatuhkan Anwar, guna alasan penyatuan Melayu – Ahmad Shahir

PEMUDA AMANAH melihat kerjasama antara Pas dan UMNO ketika ini lebih menjurus kepada usaha mendapatkan kuasa, terutama untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Setiausaha Pemuda AMANAH, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
“PKR kini dalam radar saya untuk bersama semula” – Kamarudin

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menjadi satu-satunya parti yang sedang dipertimbangkan bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kamarudin Jaffar, sekiranya beliau kembali menyertai politik. Kamarudin mengesahkan kepada media bahawa beliau sedang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran