Peranan sukarelawan lonjak kesejahteraan sosial komuniti

KOTA SAMARAHAN – Aktiviti kesukarelawanan terus diiktiraf sebagai antara faktor utama dalam meningkatkan kesejahteraan sosial komuniti di Sarawak.

Kajian Indeks Kesejahteraan Sosial yang dijalankan setiap dua tahun menunjukkan skor negeri ini meningkat kepada 7.2 daripada 10, mencerminkan kemajuan positif dalam aspek kehidupan sosial dan kemasyarakatan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kesukarelawanan menjadi komponen penting yang menyumbang kepada pencapaian tersebut.

“Kesukarelawanan memainkan peranan besar dalam membantu golongan kurang berkemampuan. Sukarelawan bertindak atas dorongan hati, menjadikan usaha mereka lebih lestari dan berterusan meskipun berdepan pelbagai cabaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan dan Penganugerahan Sijil Malaysia Book of Records (MBOR) bagi Program UNIMAS: Inisiatif Bakti di Arena Gemilang, Dewan Tuanku Abdul Rahman (DeTAR) Putra, UNIMAS pada Ahad.

Tambahnya, aktiviti kesukarelawanan juga melengkapi usaha kerajaan dan agensi pelaksana dalam memastikan tiada golongan yang terpinggir.

Dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO), sasaran kajian seterusnya adalah untuk meningkatkan skor indeks kepada 8 daripada 10.

“Matlamat ini hanya boleh dicapai melalui kerjasama secara menyeluruh dan bersepadu,” ujarnya.

Program UNIMAS: Inisiatif Bakti turut dijadikan contoh terbaik bagaimana generasi muda menyumbang secara aktif kepada kesejahteraan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti bersama agensi kerajaan dan NGO.

Beliau berkata, program seperti itu bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti, malah memupuk nilai kemanusiaan dan keprihatinan dalam kalangan anak muda.

“Anak muda di Sarawak membuktikan bahawa mereka mampu memberi impak positif bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada masyarakat keseluruhan. Ini adalah platform penting dalam membentuk keperibadian unggul,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru lebih banyak pihak termasuk universiti lain, sektor swasta dan NGO untuk memperkasa agenda kesukarelawanan dalam komuniti.

“Bersama-sama, kita pastikan tiada yang terpinggir demi mencapai kesejahteraan komuniti yang lebih baik pada masa hadapan,” katanya.

Related Posts

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

IPOH – Seramai 239 ahli Pengakap menerima penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Perak dalam satu istiadat penuh gilang-gemilang yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

KUALA LUMPUR – Kejayaan mencatat rekod 8.42 juta ketibaan pelancong sepanjang 2025 membuktikan Selangor kekal sebagai antara destinasi pelancongan utama negara. Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

Asyraf Wajdi biadab, perlu minta ampun kepada Yang di- Pertuan Besar NS – Aminuddin

Asyraf Wajdi biadab, perlu minta ampun kepada Yang di- Pertuan Besar NS – Aminuddin

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

239 ahli Pengakap Malaysia Perak terima anugerah tertinggi

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

Selangor kekal destinasi pelancongan utama negara

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

LRA Apas Balung 1 dan 2 henti sementara, LRA Cinta Mata serta LRA Utara alami gangguan bekalan air

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha

Belia perlu fahami MA63 daripada sumber rasmi – Mustapha