TMM2026: Telco diarah segera tingkatkan liputan internet di Sabah

SANDAKAN – Semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi diarahkan untuk meningkatkan liputan internet di destinasi pelancongan utama Sabah sebagai persiapan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, syarikat telekomunikasi yang terlibat diarahkan mengambil tindakan segera selepas beberapa lokasi utama di Sandakan dikenal pasti mengalami masalah liputan. 

“Ini termasuk kaunter penerimaan dan klinik veterinar Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok (SOURC) serta ‘Lakeside Pavilion’ di Rainforest Discovery Centre (RDC).

“Telco yang terlibat telah diarahkan untuk mengambil tindakan segera sebagai persediaan menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya ketika ditemui media selepas program Pengujian Liputan Pusat Pelancongan di SOURC dan RDC Sepilok, di sini pada Sabtu.

Menurut Fahmi, program pengujian kualiti liputan jalur lebar di Sandakan dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menilai prestasi penyedia perkhidmatan rangkaian mudah alih seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Unifi Mobile (TM Tech) dan YES (YTL).

Katanya, hasil ujian menunjukkan bahawa liputan di kawasan pelancongan utama seperti SOURC dan RDC berada pada tahap memuaskan.

Tambah beliau, kerajaan melalui MCMC akan terus menjalankan pemantauan dan kawal selia terhadap perkhidmatan komunikasi di kawasan tumpuan pelancong, jalan-jalan protokol, premis kesihatan awam, institusi pengajian tinggi, kem tentera, stadium utama negeri serta lokasi acara berskala besar.

“Inisiatif peningkatan kualiti perkhidmatan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat, malah mampu merangsang ekonomi setempat dengan membolehkan pengusaha pelancongan memperluaskan promosi secara dalam talian,” katanya.

“Langkah ini juga membolehkan para pelancong menikmati pengalaman percutian yang lebih lancar di Sabah tanpa terputus hubungan dengan dunia luar,” katanya.

Sepanjang suku pertama 2025, MCMC telah melaksanakan 1,257 sesi pengujian Standard Mandatori bagi Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) jalur lebar tanpa wayar di seluruh negara, termasuk 196 lokasi di Sabah.

Jelasnya, sebanyak 135 notis di bawah subseksyen 51(2) telah dikeluarkan tahun ini, manakala 46 penalti berjumlah RM6.55 juta dikenakan sepanjang 2023 dan 2024 terhadap ketidakpatuhan MSQoS. 

Fahmi turut menegaskan bahawa MCMC tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyedia perkhidmatan yang gagal memenuhi standard yang ditetapkan.

“MCMC juga bekerjasama rapat dengan pengendali rangkaian mudah alih bagi memastikan telco di Malaysia sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan dan liputan mereka,” ujarnya.

  • Related Posts

    700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

    PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

    700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

    Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

    • By Aden
    • June 30, 2026
    Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

    Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

    Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

    Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

    Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

    Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

    Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

    Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

    Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil