KEMAS nafi dakwaan penahanan pegawai di Sandakan

SANDAKAN – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menafikan dakwaan laporan berhubung penahanan pegawai jabatannya ini ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di Facebook KEMAS pada Jumaat, menjelaskan bahawa laporan media bertajuk ‘Pegawai KEMAS ditahan SPRM dipercayai terima rasuah RM40,000’ yang disiarkan pada 25 April itu, adalah tidak tepat yang boleh mencemar nama baik dan integriti KEMAS.

“Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, tiada pegawai KEMAS yang ditahan atau terlibat dalam siasatan SPRM berkaitan kes yang dimaksudkan.

“Jabatan kekal komited terhadap prinsip integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik dalam pelaksanaan tanggungjawabnya,” kata kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan yang sama, KEMAS menuntut media menarik semula laporan berkenaan dan menjernihkan keadaan bagi mengelakkan persepsi negatif masyarakat kepada pegawai-pegawai KEMAS.

“Terima kasih kepada SANDAKANfm yang telah menarik semula dan membuat pembetulan berkenaan berita tersebut.

“Pihak media yang terbabit iaitu KOSMO dan MalaysiaGazette diminta untuk menarik semula laporan dan membuat permohonan maaf dengan menyiarkan pembetulan,” kata kenyataan tersebut.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan