Peruntukan tambahan buat negeri pembangkang bukti Kerajaan MADANI adil

TANGKAK – Beberapa jenis peruntukan tambahan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada negeri-negeri pembangkang membuktikan sikap adil dimiliki pemimpin itu.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, malah, peruntukan pembangunan kepada negeri Pantai Timur yang meningkat secara signifikan pada tahun lalu membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam isu itu.

“Kelantan menerima peningkatan peruntukan sebanyak 30 peratus kepada RM762 juta berbanding RM588 juta pada tahun 2023.

“Terengganu pula mencatat kenaikan 28 peratus kepada RM2.02 bilion berbanding RM1.57 bilion pada tahun sebelumnya.

“Manakala Kedah pada tahun 2023 menerima RM519 juta meningkat kepada RM524 juta diikuti Perlis RM182 juta kepada RM211 juta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujar beliau, peningkatan peruntukan ini membuktikan bahawa kerajaan bersikap adil dan tidak meminggirkan mana-mana negeri, walaupun berbeza fahaman politik.

Tambah beliau, ia juga mencerminkan usaha kerajaan dalam mempercepat pembangunan infrastruktur, kesejahteraan rakyat serta kemajuan ekonomi di negeri-negeri tersebut.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP