Jalan Tamparuli-Kiulu di KM2.45 ditutup

TUARAN – Jalan Tamparuli-Kiulu di Kilometer 2.45 ditutup bermula Selasa  malam sehingga dimaklumkan kelak.

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam hantaran di laman Facebook menyatakan penutupan berkenaan adalah kerana laluan sementara (Temporary Road Diversion) runtuh berikutan hujan lebat berterusan.

“Penutupan dibuat demi keselamatan pengguna jalan raya serta memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan cerun di jalan tersebut.

“Jalan alternatif yang boleh dilalui dari kawasan ini adalah Jalan Kota Kinabalu ke Kudat, Jalan Stesen TV Lawamandau, Jalan Bungoliu Logkou Timbok, Jalan Kiulu Logkou Lama dan Jalan Kiulu Lawamandau untuk ke pekan Kiulu.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif tersebut dan merancang perjalanan masing-masing,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Sehubungan itu, JKR memohon agar orang ramai mematuhi arahan dan papan tanda keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Segala kesulitan amat dikesali dan diharap orang ramai bersabar untuk keselesaan bersama pada masa akan datang,” jelas kenyataan itu.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam