Undi awal: 22.8 peratus mengundi setakat 9 pagi

BIDOR – Hari mengundi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan sebanyak 22.8 peratus sudah menunaikan kewajipan setakat jam 9 pagi, pada Selasa.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ramlan Harun berkata, jumlah peratus keluar itu situasi terkini di dua pusat undian awal melibatkan tiga saluran.

Pusat mengundian awal di PRK DUN Ayer Kuning berlangsung di dua lokasi iaitu di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3,Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor dan Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.

“Setakat jam 9 pagi, peratus keluar mengundi adalah sebanyak 22.8 peratus melibatkan kedua-dua pusat mengundi.

“Pusat undian IPD telah selesai dan di tutup. Seramai 24 pengundi di IPD Tapah.

“Manakala di PGA, masih lagi berlangsung dan dijangka seramai 476 layak mengundi akan keluar menunaikan kewajipan mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di Pusat Mengundi di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Batalion 3, Bidor, di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau turut menjangkakan peratus keluar mengundi akan mencecah 100 peratus sebelum jam 11 pagi.

“Untuk hari ini, di PGA sahaja, jumlah pengundi melibatkan 476 undi fizikal bagi dua saluran dan undi pos seramai 79 undi.

“Manakala bagi IPD Tapah, jumlah undi fizikal seramai 24 orang dan undi pos 3 orang,” ujarnya.

Menjelang hari mengundi pada 26 April nanti, Ramlan menasihatkan agar melaksanakan tanggungjawab mengundi dalam keadaan aman dan tertib.

“Elakkan berlaku provokasi yang boleh mengundang kepada keadaan tidak Aman dan tertib,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan, sepanjang berlaku kempen bermula 12 April, pihaknya menerima sebanyak 27 laporan dan 4 daripadanya masih dalam siasatan polis.

“23 laporan lagi, pihak SPR telah selesaikan manakala 4 kes masih dalam siasatan polis,” ujarnya.

Terdahulu, seawal jam 7 pagi, kesemua pegawai, anggota dan pasangan telah bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab.

Pegawai Pemerintah Batalion 3, PGA, Bidor, Superintenden Azhar Hashim, menjadi pegawai pertama membuang undi di Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, PGA Bidor di sini.

Mengikut daftar pemilih SPR, jumlah keseluruhan pengundi melibatkan pegawai dan anggota polis PGA, polis serta pasangan mereka adalah seramai 582 undi.

SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April dan undian awal pada 22 April.

PRK ini diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN Ayer Kuning, Allahyarham Ishsam Shahruddin, 58, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

PRK ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir; calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek; dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS.

Related Posts

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mencari penyelesaian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JOHOR BAHRU – Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) disifatkan sebagai antara bukti keberkesanan pelaksanaan dasar ekonomi di bawah Kerajaan MADANI dalam merancakkan pertumbuhan pelaburan negara, khususnya di Johor. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI