Tiada rombakan Kabinet selepas pemilihan PKR – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak sebarang kemungkinan rombakan Kabinet susulan daripada keputusan pemilihan PKR 2025.

Anwar yang merupakan Presiden PKR berkata, beliau menilai prestasi menteri-menterinya berdasarkan prestasi individu dan tiada kaitan dengan urusan kerajaan negeri atau Pusat.

“Tiada, ini pemilihan parti, ini soal parti bukan soal kerajaan negeri atau Pusat.

“Saya lihat prestasi masing-masing, bukan dari segi percaturan politik,” katanya.

Tambah beliau, sebarang masalah yang timbul ketika pemilihan boleh dibangkitkan ketika mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang akan diadakan pada Rabu.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Pemilihan PKR kali ini menunjukkan beberapa pemimpin kanan parti tewas di peringkat cabang untuk jawatan ketua dan timbalan.

Antara yang kecundang ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasir; Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran dan beberapa pemimpin lain.

Nik Nazmi dalam kenyataannya pada 19 April juga akan merujuk Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berhubung keputusan pemilihan Ketua Cabang Setiawangsa pada Pemilihan PKR 2025.

Related Posts

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Oleh: Fathi Aris Omar ULASAN | Orang Pakatan Harapan (PH) jangan sedih sangat. Orang Perikatan Nasional (PN) jangan seronok sangat. Perubahan hanyalah parti politik. Negara kita tidak berubah-ubah. Macam inilah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wong Chen letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mengumumkan peletakan jawatannya sebagai wakil rakyat kawasan itu berkuat kuasa 5 petang ini. Beliau berkata, surat peletakan jawatan berkenaan telah diserahkan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

Tiga projek IKR bakal dilaksanakan di Permatang Lawang

‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

  • By Ithma
  • August 10, 2026
‘Direct to device’ bakal diuji, Tawau antara lokasi tumpuan

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Gen Z dan masa depan negara, jangan sampai terlambat

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Para SUKMA 2026: Pantang dicabar, Sarawak sasar pertahan kejuaraan di Selangor

Dari Batik ke Luxury Brand: Bolehkah Malaysia lahirkan jenama bertaraf dunia?