Lelaki 56 tahun ditahan, dadah bernilai RM5,500 dirampas

PENAMPANG – Polis Penampang berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun yang didapati memiliki dadah bernilai RM5,500 yang turut dirampas.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, tangkapan menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) berjaya dibuat dalam satu operasi yang dijalankan pada 17 April lalu, sekitar pukul 8 malam di hadapan sebuah rumah tanpa nombor di daerah ini.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek, pihak polis berjaya menemukan lima peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 54.23 gram dalam simpanan suspek.

“Suspek turut didapati positif dadah jenis ‘methamphetamine’ dan ‘amphetamine’ setelah ujian saringan awal air kencing dilakukan ke atasnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan 15 sebatang jika penjara seumur hidup,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama dan kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

Dalam kenyataan itu, pihak polis mengingatkan masyarakat agar tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan terus menjadi mata serta telinga polis dalam menyalurkan maklumat bagi membanteras jenayah dadah.

Related Posts

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengisytiharkan 1 September depan sebagai cuti peristiwa bagi meraikan kejayaan kontinjen negeri itu muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026. Pengumuman itu dibuat oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

KUANTAN – MyFuture Policy Lab Edisi Pertama Peringkat Sekolah-Sekolah Parlimen Paya Besar Sesi 2026 menjadi platform baharu dalam usaha memperkukuh kefahaman generasi muda terhadap dasar awam, tadbir urus dan pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

Selangor juara SUKMA, 1 September diisytihar cuti peristiwa

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

FINAS perlu lebih cekap, tidak menyusahkan penggiat industri

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

MyFuture Policy Lab platform perkukuh kefahaman generasi muda

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

PLKN 3.0 bakal diperluas, lebih banyak kem Askar Wataniah digunakan

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion

Industri filem tempatan rekod pelaburan hampir RM1 bilion