DAP Pahang sedia jadi orang tengah isu pekebun haram Raub

KUANTAN – DAP Pahang sedia memainkan peranan sebagai jambatan antara kerajaan negeri dan pekebun durian khususnya di Raub bagi membuka ruang rundingan konstruktif demi mencari jalan penyelesaian baik dan harmoni.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia menjelaskan komitmen mereka itu adalah bagi meningkatkan hasil kerajaan negeri selain memastikan sektor pertanian di Pahang dapat diurus secara tersusun dan mampan demi kesejahteraan semua pihak.

“Tidak dinafikan terdapat pekebun mengusahakan tanah di kawasan Raub tanpa kebenaran sejak beberapa dekad lalu, namun industri durian Musang King di Raub berkembang menjadi satu jenama dikenali di peringkat antarabangsa.

“Pekebun durian amat berhasrat untuk memberi kerjasama kepada pihak kerajaan Pahang bagi bersama-sama membangunkan industri durian ini ke tahap lebih tinggi dan turut menjana ekonomi negeri,” katanya.

Kenyataan berkenaan turut menyatakan DAP Pahang menyokong sepenuhnya hal ehwal dalam pentadbiran tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkenaan.

Katanya, DAP Pahang juga menjunjung kasih Titah Diraja Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Majlis Perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ke-4, Dewan Negeri Pahang Ke-15, semalam.

Semalam, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menjelaskan, tindakan Kerajaan negeri membawa kes pencerobohan tanah dan perlombongan haram terus ke mahkamah tanpa dikenakan kompaun bukan untuk mengaibkan individu atau pihak tertentu.

Sebaliknya, beliau berkata ia bertujuan mendidik supaya masyarakat dapat melihat bahawa kerajaan negeri serius dalam dalam menangani salah laku berkenaan.

Related Posts

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

KOTA KINABALU – Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) akan menyelaras dengan agensi berkaitan bagi menyemak pematuhan pengendali, vesel, aktiviti pelancongan dan kemudahan susulan kematian seorang pelancong China…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

KOTA KINABALU – Empat lelaki maut selepas Perodua Viva yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Jalan Sepanggar, berhampiran Taman Jaya Diri, kira-kira jam 2.30 pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Malaysia bersama 127 negara desak kuasa veto PBB dimansuhkan

Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Insiden Mengalum: KePKAS semak pematuhan pengendali, aspek keselamatan

Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
Empat lelaki maut, lima kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Sepanggar

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Jangan terpedaya akaun palsu tawar pendaftaran STR – Fahmi

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Gerakan Islam mesti berteraskan ilmu, akhlak – Anwar

Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih

  • By Aden
  • September 27, 2026
Polis giat kesan suspek ragut beg tangan wanita di Kampung Baru Semenyih