Anwar jumpa Jeneral Kanan Myanmar bincang bantuan pasca gempa bumi

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing di Bangkok, semalam, bagi membincangkan usaha memulihkan negara itu susulan bencana gempa bumi pada 28 Mac lalu.

Perdana Menteri yang kini dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Thailand berkata, beliau dan Min Aung Hlaing berbincang mengenai keperluan kemanusiaan rakyat Myanmar.

“Petang tadi (semalam), saya bertemu dengan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar.

“Dalam pertemuan lebih satu jam ini, kami berbincang secara terbuka dan konstruktif dengan tumpuan kepada keperluan mendesak untuk menyegerakan bantuan kemanusiaan, termasuk penempatan segera sebuah hospital medan.

“Kami turut menyentuh kepentingan mengembalikan Myanmar kepada keadaan sediakala demi kestabilan dan keselamatan rakyatnya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra turut menghadiri pertemuan yang bermula jam 3.30 petang.

Anwar turut menyambut baik langkah awal untuk meredakan ketegangan, termasuk pembebasan 4,800 tahanan pada Rabu malam.

“Tindakan sebegini memberi isyarat cukup bermakna. Kita mesti terus menggalakkan semua pihak berunding secara serius demi kestabilan Myanmar dan kesejahteraan rakyatnya,” katanya.

Perdana Menteri juga berkata, beliau akan bertemu dengan wakil Kerajaan Perpaduan Nasional Myanmar pagi ini.

Dilaporkan bahawa ketua kerajaan tentera Myanmar memberi pengampunan kepada hampir 4,900 banduan sempena sambutan Tahun Baharu tradisional negara itu, lapor media kerajaan semalam.

Related Posts

Pengeluaran jagung bijian tempatan mampu bantu stabilkan harga ayam, telur

SEPANG – Harga produk asas seperti ayam dan telur dijangka mampu stabil apabila pengeluaran jagung bijian tempatan secara berskala besar dilaksanakan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tahap integriti penjawat awam makin baik

KUALA LUMPUR – Tahap integriti dalam kalangan penjawat awam menunjukkan trend peningkatan yang positif, susulan pelbagai inisiatif dan mekanisme pengukuhan nilai yang diperkenalkan kerajaan bagi memperkasakan perkhidmatan awam. Ketua Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok