Pelajar Sabah digesa manfaat sepenuhnya inisiatif KSTI bagi melanjutkan pengajian

KOTA KINABALU – Inisiatif Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI) dalam menaja lebih ramai anak-anak Sabah melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar.

Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Harun Durabi berkata, terdapat dua agensi utama di bawah kementeriannya yang memainkan peranan dalam membantu pelajar Sabah meneruskan pengajian, iaitu Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Sabah Skills and Technology Centre (SSTC).

“Institut Latihan Teknik dan Perindustrian (ILTP) di bawah JPSM menyediakan peluang kepada golongan belia dan beliawanis yang tercicir atau tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS untuk mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“ILTP menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan Tahap 3 (setara dengan SPM) yang mendapat akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). 

“Pelatih juga berpeluang melanjutkan pengajian ke Diploma Kemahiran (Tahap 4) dan Diploma Lanjutan (Tahap 5),” katanya semasa menjawab soalan pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16, di sini, pada Khamis.

Beliau turut memberitahu JPSM bekerjasama rapat dengan institusi pengajian seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi memberi peluang kepada pelajar menyambung pengajian ke peringkat diploma dengan tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS).

“Pada tahun ini, peruntukan BKNS telah ditingkatkan daripada RM113 juta kepada RM125 juta,” jelasnya.

Selain ILTP, katanya SSTC juga berperanan penting sebagai pusat latihan kemahiran berorientasikan keperluan industri dan pasaran kerja semasa.

“Program latihan yang ditawarkan oleh SSTC menyasarkan lepasan SPM dan graduan IPTA/IPTS dalam bidang utama seperti minyak dan gas, keselamatan dan kesihatan, perhotelan, kulinari serta pengurusan perladangan.

“Sijil yang dikeluarkan SSTC turut diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan International Institute of Plantation Management (IIPM), sebuah institusi profesional dalam bidang perladangan,” katanya.

Harun turut menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Sabah melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) turut menyediakan beberapa bentuk bantuan kepada pelajar lepasan sekolah menengah yang melanjutkan pengajian.

“Antaranya ialah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI) dan Bantuan Ihsan Komputer (BAIK). 

“Selain itu, Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU) juga disediakan bagi menyokong pelaksanaan atau penyertaan dalam program pendidikan,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills