Kerajaan laksana skim PES selepas pewartaan kawasan Tadahan Air Babagon

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri komited meneruskan usaha melindungi sumber air dan alam sekitar dengan melaksanakan Skim Pembayaran Perkhidmatan Ekosistem (PES) di kawasan Tadahan Air Babagon, yang bakal menjadi lokasi perintis bagi skim ini di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Jeffrey G. Kitingan berkata, pelaksanaan rasmi skim yang dikenali sebagai ‘Payment for Ecosystem Services’ (PES) itu hanya boleh dijalankan selepas kawasan berkenaan diwartakan sebagai Kawasan Perlindungan Tadahan Air dan Kawasan Pemeliharaan Air di bawah Enakmen Sumber Air Sabah 1998.

“Kerajaan masih komited untuk melaksanakan skim PES, terutamanya bagi kawasan Tadahan Air Babagon yang dipilih sebagai lokasi perintis dalam usaha membangunkan kerangka skim ini, selaras dengan keadaan setempat dan penerimaan masyarakat.

“Namun, buat masa ini, proses pewartaan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) masih berada di peringkat akhir sebelum pelaksanaan skim ini dapat dijalankan secara rasmi, termasuk pewartaan kerangka perundangan bagi Tabung Pemeliharaan Sumber Asli,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayan, Jannie Lasimbang dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata, JPS bersama Majlis Sumber Air Negeri sedang berusaha mempercepatkan proses pewartaan kawasan tersebut.

“Kalau diperlukan, saya percaya tidak ada halangan untuk komuniti setempat mula mengambil langkah-langkah awal bagi merealisasikan konsep ini, walaupun kerangka rasmi pelaksanaannya, termasuk penubuhan tabung, masih dalam proses,” ujarnya.

Jeffrey turut menjelaskan skim PES bertujuan mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada komuniti di kawasan hulu sungai yang sanggup mengorbankan potensi pembangunan tanah mereka demi menjaga kelestarian sungai serta menjamin bekalan air bersih kepada masyarakat di kawasan hilir.

“Konsep PES ini ialah komuniti di kawasan hulu bersedia mengehadkan penggunaan tanah mereka demi memelihara ekosistem sungai, supaya masyarakat di hilir dapat menikmati manfaat air bersih dan menjalankan aktiviti pertanian atau ekonomi lain.

“Sebagai balasan, komuniti di hilir akan membayar bentuk pampasan atau sumbangan kepada penduduk di kawasan hulu, atas jasa mereka memelihara alam sekitar. Inilah konsep asas skim PES,” jelasnya.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills