Ops Bersepadu Imigresen Zon Utara berjaya tahan 37 PATI

GEORGE TOWN – Seramai 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang di sebuah medan selera di Jalan Burma di sini hari ini.

Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata, serbuan dilakukan menerusi Ops Bersepadu JIM Zon Utara melibatkan JIM Pulau Pinang, Perak dan Kedah itu menahan warga asing berusia 21 hingga 48 tahun.

Menurutnya, kesemua mereka ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Seramai 31 lelaki dan wanita Myanmar ditahan dan diikuti dua lelaki Bangladesh, dua lelaki Vietnam manakala masing-masing seorang warga Pakistan serta Indonesia.

“Selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, kesemua warga asing cuba meloloskan diri namun usaha mereka hanya sia-sia kerana kawasan medan selera itu terlebih dahulu dikepung oleh pasukan serbuan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi di sini.

Nur Zulfa berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan terhadap majikan yang menggajikan warga asing tanpa mengikut saluran yang sah di medan selera terbabit.

Jelasnya, tidakan tidak bertanggungjawab majikan yang menggunakan pekerja asing tanpa permit yang sah dianggap melakukan kesalahan serius yang boleh dihukum denda dan penjara.

“Kita memberi peringatan kepada majikan supaya menitikberatkan isu terbabit dan tidak sesekali menggajikan pekerja asing tanpa mendapat permit kerja yang sah.

“Pemantauan dan operasi akan terus dilakukan dari masa ke masa dalam usaha membanteras pekerja asing tanpa izin di negeri ini,” tambahnya.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills