Modus operandi sindiket dadah beralih radar pindah makmal ke Kedah

ALOR SETAR – Sindiket pengedaran dadah di negara ini dipercayai bertindak memindahkan makmal pemprosesan mereka ke Kedah berikutan operasi pihak berkuasa yang kerap dilaksana di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata modus operandi baharu sindiket itu terbongkar susulan Ops Kenari yang dilaksana di Kedah dan Pulau Pinang baru-baru ini.

Katanya, dalam operasi lapan hari bermula 9 April itu, polis berjaya membongkar kegiatan makmal haram yang terbabit dalam aktiviti pengeluaran dadah jenis methamphetamine yang turut digunakan untuk memproses cecair vape mengandungi bahan terlarang.

“Sindiket ini mulanya dikesan beroperasi di sekitar Lembah Klang namun berpindah ke Kedah, mereka menyasarkan golongan belia dan penagih dadah di sekitar kawasan utara.

“Hasil rampasan cecair vape didapati mengandungi bahan aktif halusinogen dikenali sebagai psilocin dan psilocybin yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Ayob berkata, polis percaya bahan itu kemudian dicampur ke dalam cecair vape bersama bahan kimia lain yang turut mengandungi Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) untuk menghasilkan halusinasi seperti kesan ekstasi.

“Ini menjadikan bahan ini sebagai trend dadah yang baharu muncul di Kedah yang disasarkan dalam kalangan belia, jadi saya minta ibu bapa perhatikan anak-anak mereka.

“Kita pandang serius kegiatan ini, kerana ia memberi ancaman besar kepada kesihatan dan keselamatan anak muda kerana cecair vape yang mengandungi dadah ini boleh diperoleh secara terbuka,” katanya.

Ayob berkata, pihaknya mengesan remaja berusia antara 13 dan 17 tahun menjadi pengguna majoriti dan ada antaranya menjadi pengguna aktif.

“Ini adalah satu trend yang membimbangkan, kerana remaja kita terdedah kepada penyalahgunaan dadah seperti ‘mushroom’ yang dijual melalui pelbagai platform media sosial,” katanya.

Media semalam melaporkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis merampas dadah bernilai lebih RM6 juta dalam Ops Kenari di Kedah dan Pulau Pinang.

Ia selepas polis membongkar dua sindiket dadah utama dikenali sebagai kumpulan 04 dan 18, berikutan penahanan 56 individu yang dipercayai pengedar dadah semasa membanterasnya.

Related Posts

Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

LAHAD DATU – Operasi Bersepadu MARDOF Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Lahad Datu berjaya menahan dua vesel nelayan tempatan daripada 211 vesel yang diperiksa di perairan Lahad Datu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

SAIZ negeri Perlis yang kecil tidak menggambarkan beban sebenar tugas kepolisan apabila anggota di negeri ini berdepan pelbagai cabaran termasuk menjaga keselamatan kawasan sempadan Malaysia-Thailand. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

  • By Fatin
  • August 15, 2026
Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Kerajaan buka ruang lebih luas untuk mahasiswa, AUKU dimansuhkan

Kerajaan buka ruang lebih luas untuk mahasiswa, AUKU dimansuhkan

Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar

Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar