DBKK anjur Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind : Towards Sustainable Market’


KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat bakal menganjurkan Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ bertempat di KK Sentral, Sabtu ini.

DBKK dalam kenyataannya berkata, penganjuran ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup penduduk bandar melalui pelbagai program pelancongan dan aktiviti komuniti.

Katanya, program ini juga bagi mempromosikan Pusat Kraftangan KK Sentral Market yang menawarkan pelbagai jenis kraftangan tempatan dan menampilkan keunikan budaya serta kaum di Sabah.

“Tiga program bersepadu bakal dijalankan bermula pukul 7 pagi hingga 5 petang iaitu Program Pembangunan Pusat Kraftangan: KK Sentral Market, Program Pembangunan Komuniti: Citra Kasih dan Program ‘KK Love Bike: Free Ride Tour and KK Harmony Ride’,” kata kenyataan itu.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan menarik turut disediakan termasuk Demo anyaman ketupat, ‘Batik Painting’, membuat tanjak, pertandingan mewarna cengkerang lokan dan sebagainya.

Orang ramai yang berminat boleh imbas Kod QR atau layari pautan https://maps.app.goo.g/kTZuCYm3Zf1g8WsH8 untuk pendaftaran dan lokasi acara.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP