Tiada penangguhan semakan fi lesen hotel di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah tiada perancangan untuk membuat penangguhan semakan semula yuran ke atas fi lesen di bawah Undang-Undang Kecil (Hotel & Rumah Lojing) Bandaraya Kota Kinabalu, 1966 ataupun melaksanakan kutipan fi lesen secara berfasa.

Sebelum ini, Kerajaan Sabah menerusi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengembalikan pengenaan kadar asal fi lesen di bawah Undang-Undang Kecil (Hotel & Rumah Lojing) Bandaraya Kota Kinabalu, 1966, yang berkuat kuasa mulai Januari, tahun ini.

Menurut Pembantu kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir, kerajaan mengambil pendekatan ini kerana ia tidak membebankan para pengusaha hotel sekiranya dilihat nilai yang dikenakan.

“Pendekatan ini diambil untuk keseragaman tindakan ke atas semua kelas hotel dan memudahkan pelaksanaan proses kutipan fi lesen oleh pihak DBKK.

“Kerajaan Negeri percaya bahawa pengembalian kadar lesen ini tidaklah membebankan para pengusaha hotel jika dilihat dari nilai yang dikenakan kepada 174 pengusaha hotel Kelas 2 dan 3 berbanding peniaga-peniaga kecil yang lain.

“Sebagai contoh, fi sebenar yang dikenakan untuk setiap bilik hotel yang dihuni hanyalah sekitar RM4.65 sebilik sehari untuk Kelas 1, RM2.65 sebilik sehari untuk Kelas 2 dan RM1.30 sebilik sehari untuk Kelas 3.

“Sekiranya bilik ini tidak dihuni, maka tiada bayaran fi yang dikenakan,” katanya semasa menjawab soalan lisan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025, Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16, di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau juga membandingkan dengan harga caj yang dikenakan kepada penjaja di pasar malam lebih tinggi berbanding dengan fi hotel.

“Jika dibandingkan dengan penjaja di pasar malam atau pasar bangunan sekitar Bandar Raya Kota Kinabalu, mereka dikenakan caj sebanyak RM3 sehari setiap lot.

“Berbanding dengan fi lesen hotel Kelas 2 iaitu sekitar RM2.65 sebilik sehari ataupun lesen hotel Kelas 3 iaitu sekitar RM1.30 sebilik sehari sekiranya bilik tersebut dihuni.

“Secara relatifnya kadar fi lesen hotel ini masih pada paras yang rendah,” katanya.

Dalam pada itu, DBKK perlu menguatkuasakan mana-mana perundangan atau peraturan sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang, ini termasuk membuat kutipan fi lesen.

“Hasil daripada kutipan fi lesen yang diperoleh akan dimanfaatkan dalam memantapkan penyampaian perkhidmatan yang lebih proaktif di sekitar bandar raya, sekali gus memastikan bandar raya Kota Kinabalu terus menjadi tarikan kepada lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa,” ujarnya.

Related Posts

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

KUANTAN – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari lembu di Hutan Simpan Sementah, Lanchang, Temerloh, semalam, ditemukan selamat petang tadi. Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September