PPWS perkukuh peranan kaum wanita Sarawak

KABONG Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) terus memainkan peranan penting dalam memperkasakan golongan wanita di negeri ini menerusi pelbagai inisiatif di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir berkata, usaha gigih dan dedikasi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PPWS telah mewujudkan komuniti dinamik serta berdaya saing.

“PPWS bukan sahaja memperkukuh jaringan wanita setempat, malah menjadi pemangkin kepada perubahan positif dalam masyarakat,” katanya ketika berucap pada Majlis Warna Warnai Aidilfitri PPWS Zon Kabong pada Selasa.

Menurut beliau, kerajaan Sarawak sentiasa komited menyokong usaha pemerkasaan wanita selaku tunjang utama dalam institusi keluarga dan masyarakat.

Bagi menyokong inisiatif tersebut, Mohd Chee turut mengumumkan kelulusan Geran Projek Khas Kerajaan Sarawak berjumlah RM5,000 kepada setiap cawangan PPWS di kawasan Kabong.

“Ini adalah bukti keprihatinan kerajaan dalam memastikan wanita terus melangkah ke hadapan dan berdaya tahan dalam pelbagai bidang,” ujarnya.

Majlis yang berlangsung meriah itu turut menjadi platform mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli PPWS serta menghargai sumbangan wanita di zon berkenaan.

Turut hadir isteri ADUN Kabong, Meryani Yassin; Pengerusi PPWS Zon Kabong, Norain Abdullah; Pengerusi PPWS Daerah Saratok, Razenah Sepawi; wakil Pegawai Daerah Kabong, Nur Fatmazuhra Daim serta ketua-ketua masyarakat dan pengerusi PPWS kawasan.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’ Itu penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu