Skim Bantuan Kesihatan SMJ ringankan beban pesakit buah pinggang di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus komited memperkasa kesejahteraan rakyat menerusi pelaksanaan Skim Bantuan Kesihatan Sabah Maju Jaya (SMJ) ‘Sabah Sejahtera’, yang diperkenalkan bagi membantu meringankan beban pesakit buah pinggang tahap akhir, khususnya golongan kurang berkemampuan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, inisiatif di bawah Kerajaan Negeri itu turut merangkumi bantuan rawatan dialisis serta penambahan mesin hemodialisis di hospital dan klinik kerajaan seluruh Sabah.

“Jumlah keseluruhan kos yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi membiayai skim ini ialah RM8.5 juta, dengan RM4 juta disalurkan untuk kos rawatan dan RM4.5 juta lagi bagi pembelian mesin hemodialisis.

“Kerajaan Negeri menanggung sepenuhnya kos rawatan hemodialisis di hospital/klinik kerajaan serta rawatan ‘Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis’ (CAPD) di rumah.

“Sebanyak 100 buah mesin hemodialisis akan dibekalkan kepada 25 hospital dan klinik bagi menggantikan sebahagian daripada 474 mesin yang tidak berfungsi dengan baik,” katanya semasa ucapan penggulungan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16, di sini pada Rabu.

James berkata, pelaksanaan skim ini selaras dengan keprihatinan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, yang menekankan kepentingan kesihatan dan kesejahteraan rakyat dalam setiap aspek strategi pembangunan negeri.

Related Posts

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM