P.Pinang tukar nama Lebuhraya Bandar Cassia kepada Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi

GEORGE TOWN – Kerajaan Pulau Pinang menzahirkan penghargaan terhadap jasa dan legasi Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan menamakan semula Lebuhraya Bandar Cassia kepada Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri yang diadakan hari ini.

Menurutnya, sebagai tanda penghormatan terakhir, kerajaan negeri turut mengarahkan bendera negeri dikibarkan separuh tiang pada Jumaat ini di semua premis kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

“Cadangan ini amat signifikan dalam menghargai jasa dan bakti Tun Abdullah yang telah membawa impak besar kepada pembangunan negeri ini ketika menerajui tampuk pemerintahan negara dari tahun 2003 hingga 2009.

“Sebagai anak jati Bayan Lepas, antara hadiah terbesar Allahyarham kepada rakyat negeri ini ialah Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau lebih dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang yang diumumkan dalam pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pada 2003,” katanya .

Menurut beliau, jambatan itu bukan sahaja memendekkan jarak perjalanan antara bahagian pulau dan tanah besar, malah merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan Batu Maung dan pembangunan Bandar Cassia di Batu Kawan sebagai zon perindustrian baharu.

“Allahyarham Tun Abdullah turut menamakan kawasan itu sebagai Bandar Cassia pada 24 Ogos 2004 dan pelan induknya diluluskan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) pada 26 Oktober tahun sama, sebelum penggunaan nama Bandar Cassia disahkan MMK pada 10 Ogos 2016.

“Justeru, bagi mengekalkan legasi beliau, kerajaan negeri bersetuju menamakan semula Lebuhraya Bandar Cassia kepada Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.

Selain itu, Kon Yeow berkata, Pulau Pinang turut menerima pelbagai manfaat lain di bawah pentadbiran Allahyarham Tun Abdullah termasuk pembesaran pertama Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dengan peruntukan RM1 bilion, pembangunan Penang Sentral bernilai RM2.7 bilion, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan pelaksanaan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER).

“Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat negara dan khususnya Pulau Pinang. Semoga segala jasa dan bakti beliau akan terus dikenang dan tersemat dalam hati seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, kerajaan negeri turut meminta pemilik premis bukan kerajaan untuk sama-sama mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda penghormatan kepada Allahyarham Tun Abdullah.

Tun Abdullah meninggal dunia pada usia 85 tahun di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Isnin.

Allahyarham yang juga dikenali dengan panggilan Pak Lah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun