Pulau Berhala berpotensi jadi produk pelancongan rekreasi hutan

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah merancang untuk membangunkan produk pelancongan rekreasi hutan di Pulau Berhala, Sandakan yang dikenal pasti berpotensi menjadi destinasi pelancongan mampan di negeri ini.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai berkata, rancangan pembangunan itu dilaksanakan susulan potensi besar pulau berkenaan untuk dijadikan antara satu produk pelancongan utama di Sandakan.

“Pulau Berhala merupakan kawasan Hutan Simpan Kelas IV (Ameniti) yang berada di bawah kawal selia Jabatan Perhutanan Negeri Sabah.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri telah memulakan kerjasama dengan pihak swasta bagi melaksanakan pembangunan pelancongan di kawasan ini.

“Kerjasama ini akan melibatkan pembangunan fasiliti pelancongan di kawasan pesisir pantai pulau tersebut, meliputi kawasan seluas kira-kira 168 hektar di bawah Perjanjian Lesen ‘Sustainable Forest Management Licence Agreement’ (SFMLA),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, pada Rabu.

Menurut Joniston, kerajaan negeri juga komited memastikan pembangunan Pulau Berhala mengambil kira kepentingan komuniti nelayan setempat serta kelestarian alam sekitar agar destinasi tersebut mampu menyumbang kepada pelancongan yang bersifat mampan.

Mengulas lanjut mengenai aspek kebersihan, beliau menegaskan isu itu menjadi keutamaan bagi memastikan potensi pelancongan pulau berkenaan dapat direalisasikan.

“Kementerian akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan untuk menangani isu kebersihan di Pulau Berhala.

“Kebersihan adalah faktor penting sekiranya kita mahu menarik lebih ramai pelancong. Justeru, kementerian akan berbincang dengan pihak berkaitan, termasuk Majlis Perbandaran Sandakan, bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil,” katanya ketika menjawab soalan tambahan ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang dan ADUN Elopura, Calvin Chong Ket Kiun.

Related Posts

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

KUANTAN – Program Semarak Merdeka MADANI Inderapura 2026 selama dua hari yang bermula hari ini, menerima penyertaan menggalakkan daripada penduduk taman perumahan sekitar. Anjuran Kementerian Perpaduan Negara itu menyediakan antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

11 anggota SMART berlepas ke Nepal sertai misi bantuan bencana

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

300 peserta ambil bahagian Fun Run Inderapura 2026

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

Pemilik syarikat disyaki minta, terima rasuah kira-kira RM30,000 direman SPRM

11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

  • By Aden
  • September 5, 2026
11 individu ditahan bantu siasatan kes tetak lelaki angkara dendam

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16