Ops Pagar Laut: Lebih RM4.8 juta nilai rampasan, rekod 87 kes

KOTA KINABALU – Operasi (Ops) Pagar Laut 2025, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan 87 kes tangkapan sepanjang pelaksanaan Ops Pagar Laut 2025, membabitkan penahanan 321 orang termasuk 13 warga asing dari pelbagai negara.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Rosli Abdullah berkata, kes rampasan tertinggi adalah negeri Johor merekodkan 22 kes diikuti Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan 21 kes dan Maritim Sarawak sebanyak 14 kes.

“Antara warganegara asing yang ditahan termasuk dari Myanmar, Indonesia, China, Iran, Bangladesh, Vietnam dan beberapa negara lain.

“Berdasarkan statistik, kesalahan tertinggi direkodkan sepanjang operasi ialah di bawah Akta Perikanan 1985 sebanyak 44 kes, diikuti Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu 26 kes dan Akta Imigresen 1959/63 dengan 16 kes.

“Nilai rampasan keseluruhan pula dianggarkan mencecah RM4.809 juta, dengan rampasan terbesar membabitkan dua vesel nelayan asing bernilai RM3 juta,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Serah Tugas Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, di sini pada Rabu.

Jelasnya, selain vesel nelayan asing yang menjadi rampasan utama, Ops Pagar Laut 2025 turut merekodkan rampasan pelbagai barangan lain yang dianggarkan bernilai lebih RM1.8 juta.

“Antara rampasan tersebut termasuk rokok seludup bernilai RM958,000, benih udang kara dan ikan sebanyak RM500,490 serta bot dan enjin berjumlah RM222,900.

“Turut dirampas kenderaan yang dianggarkan bernilai RM70,500, barang kawalan bernilai RM17,671.50, peralatan menangkap ikan seperti bubu naga dan pukat pari bernilai RM37,160 serta bahan api seperti diesel atau petrol dengan nilai rampasan mencecah RM3,215,” katanya.

Rosli berkata, jumlah kes tangkapan kali ini menunjukkan penurunan ketara berbanding 176 kes yang direkodkan dalam operasi sama pada tahun 2024.

“Penurunan ini mencerminkan kesan positif hasil pemantauan berterusan serta peningkatan kesedaran dalam kalangan komuniti maritim,” jelasnya.

Tambah beliau, Ops Pagar Laut bukan semata-mata tertumpu kepada aspek penguatkuasaan, tetapi turut menekankan pendekatan holistik melalui pelbagai program kesedaran termasuk Kempen Sahabat Maritim serta libat urus dengan komuniti setempat. Tegas beliau, Maritim Malaysia akan terus komited dalam menjaga keselamatan perairan negara dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana elemen jenayah rentas sempadan mahupun pencerobohan yang menggugat keselamatan negara.

Related Posts

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini. Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Anwar tekankan kepentingan pelihara tradisi ilmu, khazanah turath

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Bersih mahu reformasi institusi diselesaikan sebelum PRU16

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah