Maritim terima peruntukan signifikan bagi pembangunan infrastruktur

KOTA KINABALU – Kerajaan menyalurkan peruntukan signifikan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bagi melaksanakan beberapa projek pembangunan infrastruktur penting di Sabah.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Rosli Abdullah berkata, peruntukan yang diterima akan digunakan untuk pembangunan aset dan infrastruktur maritim di negeri ini.

“Antara projek utama termasuk pembinaan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Sabah di Sepanggar.

“Stesen Udara Maritim Sabah di Sandakan turut menerima peruntukan, diikuti pembangunan sistem radar yang akan ditempatkan di Pulau Malawali,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Serah Tugas Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, di sini pada Rabu.

Menurut Rosli, Maritim Malaysia juga menerima peruntukan tambahan bagi penyelenggaraan aset sedia ada.

“Selain itu, sebuah kapal ‘US Coast Guard Cutter’ sumbangan kerajaan Amerika Syarikat akan ditempatkan di Kota Kinabalu. Kapal berukuran 64 meter ini dijangka tiba pada November tahun ini.

“Kita juga bakal menerima empat helikopter Agusta Westland AW189 yang akan ditempatkan di Sabah, dengan penghantaran pertama dijadual bermula Mei tahun hadapan,” katanya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP