PRK Ayer Kuning: Pertembungan calon BN, PN berkempen di pasar tani

TAPAH – Calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir dan calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek, bertembung ketika melakukan kempen di Pasar Tani, Tapah Road, di sini, pagi Isnin.

Terdahulu, kedua-dua calon tersebut sedang bertemu para pengundi di pasar tersebut yang terletak di dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tapah Road.

Kedua-dua calon melakukan kempen mengikut jadual bertemu pengundi di lokasi sama.

Abd Muhaimin bersama pengikutnya sudah berkumpul di sini seawal jam 7.30 pagi.

Manakala rombongan calon BN yang mesra disapa Ustaz Yusri pula hadir sekitar jam 8 pagi.

Seorang pengunjung Pasar Tani Tapah Road, Shazreena Asmadi, 30, berkata, dia tidak menyangka dapat bertemu dengan kedua-dua calon dalam waktu sama.

“Mula saya didatangi calon dan jentera BN. Tak sangka pula saya calon PN turut menyapa.

Apabila ditanya harapan kepada calon-calon bertanding, dia mengharapkan siapa jua yang menang nanti, jalankan amanah sebaiknya buat penduduk Ayer Kuning.

“Saya disapa oleh kedua-dua calon dan bagi saya, siapa jua yang menang, laksanakan amanah dan tanggungjawab dengan baik buat para pengundi di DUN Ayer Kuning ini.

“Allahyarham Ishsam dahulu baik dan jaga kebajikan kami juga,” tambahnya lagi.

Seorang peniaga Rosman Arif, 45, pula berkata, kedua-dua calon dia kenal.

“Dua-dua saya kenali dan masing-masing ada kekuatan tersendiri.

“Cuma siapa pun yang menang nanti, tolong selesaikan masalah kesesakan di pekan Tapah.

“Buat inisiatif yang menyenangkan pengguna,” katanya.

Terdahulu, Mohamad Yusri meluangkan masa menikmati sarapan pagi bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kassim, di sini.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini