Ketiadaan dokumen komuniti Dusun di Lahad Datu akan diberi perhatian- Shamsul

LAHAD DATU – Isu ketiadaan dokumentasi dalam kalangan komuniti Dusun di Lahad Datu akan diberi perhatian menerusi pelaksanaan Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, program itu bukan bertujuan untuk memberikan kewarganegaraan secara sewenang-wenangnya, sebaliknya menjalankan penelitian terhadap mereka yang belum memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Program MEKAR biasanya indvidu yang ada masalah atau sukar datang ke mana-mana pejabat JPN, program inilah akan turun ke lapangan dan seperti tadi kita akan lihat perkara ini. 

“Program ini bukan untuk diberi warganegara kerana kewarganegaraan ini perlu diberi penelitian,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian P.188 Lahad Datu di Dewan Tun Mustapha, pada Ahad. 

Sehubungan itu, Shamsul yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, berharap agar JPN akan melihat isu itu agar individu yang layak dan memenuhi syarat-syarat dapat diberikan dokumen selayaknya. 

Dalam pada itu, beliau juga percaya ESSCOM sentiasa memperkukuh kawalan keselamatan khususnya di ESSzone menerusi Operasi Sanggah dan Operasi Gassk. 

“Kita sentiasa beri keutamaan dalam memastikan kawasan ini selamat kerana 

apabila kawasan selamat, pelancong pun akan selamat yang sekali gus dapat meningkatkan ekonomi rakyat,” ujarnya. 

Kira-kira 1,500 hadir ke majlis itu yang turut dihadiri Exco Pemuda Barisan Nasional (BN) Malaysia, Datuk Seri Dr Anil Sandhu dan Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul. 

Turut disampaikan borang kemasukan 217 ahli parti Warisan ke UMNO, penyerahan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada empat Ketua Isi Rumah, sumbangan barang dapur kepada 35 penerima serta duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan