37 mangsa banjir Nabawan selamat, dipindahkan ke PPS

NABAWAN – Seramai 37 mangsa terperangkap banjir selamat dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) dalam kejadian yang berlaku di Kampung Pamuntarian, di sini pada Ahad.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan, Rudy Mekii berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada pukul 8.30 pagi.

Katanya, pasukan bomba seramai 11 anggota tiba di lokasi 10 minit sejurus panggilan dalam jarak 25 kilometer mendapati bencana banjir berlaku di kawasan tersebut melibatkan 37 mangsa.

“Kesemua mangsa yang ditemukan, kemudian berjaya dipindahkan oleh pasukan bomba ke PPS Saupi dan ke tempat selamat di rumah keluarga terdekat masing-masing.

“Mangsa terdiri daripada 16 orang lelaki dewasa, 13 orang perempuan dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak perempuan.

“Pasukan bomba seterusnya melakukan pemantauan secara berterusan di kawasan yang dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Rudy, operasi yang berjaya dikawal pada pukul 12 tengah hari itu ditamatkan 20 minit kemudian selepas dipastikan tiada lagi bahaya lain.

Related Posts

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. UNIMAS dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara