
LAHAD DATU – Bekas Ahli Parlimen Silam, Datuk Salleh Kalbi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam OT Haji Lagundi Kampung Terusan Lahad Datu, pukul 1.30 tengah hari tadi.
Jenazah Allayarham sebelumnya disolatkan di Masjid Firdaus Kampung Sapagaya.
Isteri Allahyarham, Datin Fatmah Abdul Aziz memaklumkam Allahyarham menunjukkan perkembangan positif sebelum meninggal dunia, disangka sebagai tanda pemulihan.
“Dia tidak membuka mata pada mulanya, kemudian dia membuka mata dan menggerakkan kaki, jadi saya sangka dan yakin keadaannya baik.
“Tapi tiba-tiba pagi tadi bangun mahu berganti dengan anak, anak call dan bila saya nampak sudah nombornya, sesuatu la sudah, anak-anak bagitahu ayah tiada sudah.
“Jadi kelam-kabut ke hospital,” katanya kepada media semasa ditemui di tanah perkuburan Islam berkenaan.

Pagi tadi media melaporkan Allayarham meninggal dunia pada usia 61 tahun di Hospital Lahad Datu kira-kira pukul 4.40 pagi akibat jangkitan paru-paru setelah menjalani rawatan di hospital selama lebih dua minggu.
Allayarham pernah menjadi Ahli Parlimen Silam yang kini Parlimen Lahad Datu pada 2008 hingga 2013.
Allayarham juga dikenali dengan sikap yang mesra dengan rakyat dan menjawat jawatan Pengarah Strategi Pilihan Raya PKR Cabang Silam.





