Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mempersoalkan kemampuan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negara sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), susulan kemelut dalaman gabungan itu yang didakwa semakin ketara.

Beliau berkata, konflik antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Pas mengambil alih kepimpinan PN menimbulkan persoalan terhadap kestabilan gabungan berkenaan.

Katanya, perkembangan itu juga bercanggah dengan slogan ‘Penyatuan Ummah’ yang sering dilaungkan Pas, apabila parti itu didakwa cuba menyingkirkan Bersatu pada masa sama mahu menjalinkan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Pas kini peneraju PN, belum sampai tiga bulan PN sudah huru-hara dan bertukar menjadi drama politik, sama seperti The 3 Stooges.

“Apakah PN yang diterajui Pas mampu mentadbir negara atau sekadar menjadi pembangkang yang berwibawa? Rakyat sudah mula mempersoalkan apabila melihat gelagat politik dalam PN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata, rakyat juga tidak seharusnya menganggap hasrat PN untuk menguasai Putrajaya pada PRU16 akan mendapat sokongan secara automatik.

Beliau berkata, rakyat yang sebelum ini menolak BN dan UMNO pada PRU15 atas isu rasuah mungkin mempersoalkan tindakan Pas yang kini didakwa mahu bekerjasama dengan parti berkenaan.

“Rakyat kecewa kerana pada PRU15 dahulu rakyat menolak BN dan UMNO kerana isu rasuah. Kekecewaan rakyat kerana kegilaan Pas telah membawa PN bersama untuk bekerjasama dengan BN dan UMNO yang dianggap najis sebelum ini.

“Jangan ingat hasrat PN untuk menguasai Putrajaya pada PRU16 akan mendapat sokongan rakyat. Rakyat mula sedar hipokrasi politik pemimpin Pas yang amat memeningkan,” katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim mengkritik kenyataan seorang pemimpin Pas yang mendakwa rakyat akan menolak DAP pada PRU16 susulan keputusan parti itu untuk kekal dalam Kerajaan MADANI.

Menurutnya, kenyataan berkenaan disifatkan sebagai retorik dan berpunca daripada kekecewaan terhadap keputusan DAP meneruskan kerjasama dalam kerajaan.

Beliau turut mendakwa Pas mungkin sedang menunggu peluang untuk menyertai Kerajaan MADANI sekiranya DAP tidak lagi berada dalam kerajaan.

“Kelaparan kuasa atau ‘power hungry’ yang tidak sabar. Pada masa sama, mereka berusaha untuk merujuk balik ‘janda lama’ UMNO, yang sudah sebantal dengan DAP dalam Kerajaan MADANI,” katanya.

Mengulas kerjasama politik menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan, Ibrahim mempersoalkan sama ada BN akan terus bersama PKR pada PRU16.

Beliau berkata, pilihan raya negeri berkenaan mungkin hanya mencerminkan strategi politik jangka pendek dan tidak semestinya menggambarkan bentuk kerjasama yang akan berlaku pada PRU16.

“PRN Johor dan Negeri Sembilan adalah strategi semasa jangka pendek, sementara Anwar memberi ruang tali hayat untuk UMNO.

“Saya mahu percaya PRN Johor dan Negeri Sembilan adalah strategi Anwar dan Zahid. Tunggu tengok PRU16 nanti,” katanya.

Ibrahim turut mempersoalkan prestasi pentadbiran negeri yang dikuasai PN, khususnya empat negeri yang membentuk SG4, dari aspek pembangunan, pengukuhan syiar Islam dan peningkatan taraf hidup masyarakat Melayu.

“Rakyat mahu tengok hasil, bukan retorik sepanjang masa. Apakah dalam masa hampir lima tahun ini negeri SG4 sudah membangun, syiar Islam berkembang dan Melayu tidak lagi terus miskin di SG4?” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengkritik pendirian Pas berhubung isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH), termasuk tindakan keluar Dewan ketika perkara itu dibahaskan.

Ibrahim berkata, Pas perlu membuktikan kepimpinan Islam yang sebenar melalui tindakan dan hasil pentadbiran, bukannya sekadar menggunakan retorik politik.

“Buktikan dan tunjukkan kepimpinan Islam yang betul agar umat Melayu Islam berasa bangga dan bukan Islam akan hormat serta tertarik kepada Islam,” katanya.

Related Posts

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AYER KEROH – Proses demokrasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dihormati dan diperkukuh, termasuk dalam soal kepemimpinan parti serta keputusan memberi ruang kepada Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara