Penjawat awam perlu kekal berintegriti, tingkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat

KUCHING – Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Ahmad Nazdir Mohd Hassan mengingatkan semua penjawat awam khususnya di Sarawak agar terus mengekalkan tahap penyampaian perkhidmatan yang cemerlang serta memelihara integriti dalam setiap tugasan.

Menurut beliau, penjawat awam bukan sahaja bertanggungjawab memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, malah perlu berpegang teguh kepada ikrar yang dilafazkan sewaktu menerima amanah sebagai kakitangan kerajaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa setiap penjawat awam terutama yang bertugas di Sarawak dan di mana-mana sahaja, perlu terus memperbaiki dan mengekalkan tahap penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta memperkukuh integriti yang sedia ada,” katanya ketika ditemu ramah oleh pemberita ketika Program Mesra Madani Aidilfitri Setiausaha Persekutuan Sarawak di Kompleks Persekutuan Sarawak pada Jumaat.

Tambah beliau, tahap integriti tinggi perlu dikekalkan sepanjang perkhidmatan seseorang penjawat awam, sehingga ke hari persaraan.

Beliau turut mengingatkan tentang sumpah menjaga kerahsiaan dokumen rasmi kerajaan yang perlu sentiasa dipegang dan dihormati oleh semua penjawat awam.

“Ini selaras dengan ikrar penjawat awam dan kita perlu mengekalkan tahap integriti yang sangat tinggi hingga selesai atau bersara kelak,” ujarnya lagi.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Abu Bakar Marzuki.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP