Musim bubuk warnai Miri, rezeki melimpah buat nelayan

MIRI – Musim bubuk yang dinanti-nantikan kembali mewarnai suasana pesisir Miri, membawa rezeki melimpah kepada golongan nelayan dan peniaga kecil. 

Fenomena tahunan ini menyaksikan kehadiran ‘bubuk’ atau udang geragau  merupakan sejenis udang kecil yang menjadi bahan utama dalam pembuatan belacan terutama di bahagian utara Sarawak.

Kebiasaannya berlaku pada awal tahun, musim bubuk amat bergantung kepada keadaan cuaca dan arus laut. 

Bagi nelayan, ia bagaikan ‘durian runtuh’ apabila hasil tangkapan meningkat secara mendadak.

Menariknya, kaedah tradisional “sobor” masih digunakan untuk menangkap bubuk. 

Sobor merupakan pukat khas yang dipasang pada perahu, memerangkap udang kecil ini dengan cekap. 

“Harga bubuk boleh mencecah RM8 sekilogram bergantung kepada kualiti dan saiz.

“Setiap kali musim ini tiba, pantai di sekitar Miri berubah menjadi tumpuan utama. 

Orang ramai termasuk penduduk tempatan, peniaga, dan pencinta makanan laut berpusu-pusu memanfaatkan peluang ini. 

“Belacan yang dihasilkan daripada bubuk Miri terkenal dengan aroma serta rasa yang tersendiri menjadikannya pilihan utama dalam masakan tradisional.

Bukan sahaja menjadi kebanggaan penduduk tempatan, produk belacan dari Miri dan juga Bintulu turut menjadi pilihan buah tangan para pelancong. 

“Ia melambangkan warisan kulinari Sarawak yang kekal relevan dan mendapat permintaan tinggi sepanjang tahun.

Related Posts

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

KOTA KINABALU – Penganjuran The Big Sabah Car Show 2026 berpotensi menjadi antara acara pelancongan utama Sabah menjelang Tahun Melawat Sabah 2027 (Visit Sabah 2027), sekali gus merancakkan ekonomi tempatan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

BENTONG – Seramai 300 pengusaha ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2, berhampiran FELDA Chemomoi, di sini, merayu campur tangan Sultan Pahang, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu