Pekebun kecil diseru kemas kini maklumat dengan MPOB

SANDAKAN – Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin menyeru semua pekebun kecil untuk mengemas kini maklumat peribadi mereka dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi memastikan kawal selia yang lebih berkesan serta penyampaian inisiatif kerajaan yang lebih pantas.

“Data ini juga penting bagi kementerian dalam merangka program-program khusus yang memenuhi keperluan semasa pekebun kecil, sejajar dengan peranan mereka sebagai tunjang utama industri sawit negara,” katanya semasa merasmikan Program TSPKS 2.0 Daerah Sandakan, di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR), Taman Muhibbah Batu 12, di sini pada Jumaat.

Mengulas mengenai Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0) beliau berkata, ia antara usaha kerajaan bagi mendekati pekebun kecil sawit.

“Tawaran skim menerusi kerjasama dengan Agrobank, menyediakan dana dalam bentuk geran 50 peratus dan pembiayaan mudah dengan kadar faedah serendah dua peratus setahun.

“Dengan pelaksanaan skim ini, pemohon hanya perlu membayar semula 50 peratus daripada jumlah pembiayaan termasuk faedah dua peratus.

“Ia bertujuan membantu pekebun kecil menebang sawit tua atau tidak produktif serta menanam semula dengan sawit berkualiti tinggi,” jelas beliau.

Tambah Chan, bagi tahun 2024, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi pelaksanaan skim tersebut yang memberi manfaat kepada 1,500 pekebun kecil sawit persendirian dengan sasaran penanaman semula seluas 5,900 hektar.

Katanya, penyaluran dana dalam bentuk geran padanan itu akan diurus sepenuhnya oleh pihak Agrobank dan permohonan boleh dibuat melalui pejabat-pejabat TUNAS MPOB, laman sesawang MPOB atau mana-mana cawangan Agrobank di seluruh negara.

“Sehingga kini, sebanyak 30 permohonan telah diluluskan di daerah Sandakan melibatkan keluasan tanaman semula seluas 135.21 hektar,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pelbagai inisiatif turut diperkenalkan bagi memperkukuh peranan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM), termasuk pelaksanaan projek rintis Skim Pemberian Excavator (SPE) dengan peruntukan RM350,000 kepada KPSM Sugut Paitan.

“Melalui skim ini, KPSM dapat menyediakan kemudahan penyelenggaraan jalan ladang kepada pekebun kecil pada kadar caj yang berpatutan, lebih rendah berbanding harga pasaran.

“Inisiatif itu, dijangka dapat mengurangkan beban kewangan pekebun kecil serta meningkatkan aksesibiliti dan kelancaran operasi ladang,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills