Ahmad Samsuri tiada dalam senarai SPK – Razarudin

KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bahawa nama Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri tidak diletakkan dalam Senarai Pekeliling Khas (SPK) kerana beliau bukan seorang penjenayah.

Razarudin menjawab dakwaan bahawa kononnya Ahmad Samsuri diletakkan di bawah status individu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu meskipun tanpa sebarang kesalahan dibuktikan secara sah, juga tidak adalah tidak benar.

Beliau berkata, Ahmad Samsuri juga mengguna istilah TCO atau pegawai kawalan perjalanan yang sebenarnya adalah jawatan pegawai polis cawangan khas (SB) yang bertugas di pintu keluar masuk negara seolah-olah dikenakan pemantauan ketat.

“TCO adalah travel control officer yang bertugas di pintu keluar masuk negara sama ada di lapangan terbang atau di Bukit Kayu Hitam yang mempunyai tugasan tertentu.

“Mungkin apa yang dimaksudkan Ahmad Samsuri itu adalah SPK tetapi nama beliau tidak ada dalam senarai kerana dia bukan penjenayah atau suspek.

“Sebenarnya nama yang ada dalam SPK adalah suspek bagi kes tertentu termasuk jenayah (CID), narkotik atau individu yang terbabit dalam kes 3R yang melarikan diri keluar negara yang perlu ditangkap jika mereka memasuki negara ini,” katanya memetik laporan BH, pada Jumaat.

Pada Khamis, Ahmad Samsuri mendakwa tindakan kawalan pergerakan yang dikenakan ke atasnya menggambarkan seolah-olah beliau adalah seorang penjenayah berbahaya, dikaitkan dengan sindiket dan gengster atau persona non grata walaupun di tanah air sendiri.

Keadaan itu menyebabkan beliau kecewa kerana ia bukan sekadar label, tetapi mendakwa ‘ditahan’ dan dibawa ke tepi.

Beliau mendakwa hanya dibenarkan keluar dari kawalan sempadan bagi setiap kali keluar masuk sempadan, walaupun ke Sabah dan Sarawak selepas pegawai penguat kuasa di situ terpaksa membuat panggilan untuk mendapat persetujuan pihak tertentu.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, pegawai TCO yang bertugas di pintu masuk negara bekerjasama dengan bersama pegawai imigresen dan kastam untuk melakukan risikan.

Selain itu, katanya, kerjasama ini juga meneliti senarai suspek dalam SPK bagi membolehkan tangkapan dibuat untuk tindakan lanjut.

“Sebenarnya kita tahu pergerakan Ahmad Samsuri kerana pegawai polis sentiasa ada bersamanya sepanjang masa untuk menjaga keselamatannya.

“Cuma mungkin bila TCO bertanya ke mana dia nak pergi ketika melalui laluan VIP untuk keluar negara, dia berasa tidak selesa,” katanya.

Sementara itu, Razarudin turut menafikan telefon Ahmad Samsuri dipintas seperti didakwanya semalam.

Ahmad Samsuri semalam mendakwa, telefonnya dipintas dan dirinya diekori ke mana saja pergi walaupun atas urusan peribadi.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil