Pembangunan sekolah terus diperhebat, SMK Tinggi Sarikei terima dana RM100,000

SARIKEI – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei menerima suntikan dana sebanyak RM100,000 melalui Program Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk mempertingkatkan kemudahan pendidikan di sekolah tersebut.

Pengumuman itu dibuat oleh Ahli Parlimen Sarikei, Datuk Seri Huang Tiong Sii, semasa lawatan beliau ke sekolah berkenaan pada Rabu.

Beliau turut menegaskan komitmennya untuk terus membangunkan pendidikan di Sarikei dan memastikan anak-anak di kawasan itu mendapat kemudahan yang lebih baik.

Tiong Sii turut menyatakan bahawa sejak 2016, lebih RM750,000 telah disalurkan kepada SMK Tinggi Sarikei menerusi RTP dan saluran lain.

Pengerusi Lembaga Pengurusan SMK Tinggi Sarikei, Dr Chieng King Chong, menghargai Tiong Sii yang disifatkan sebagai wakil rakyat yang sangat berdedikasi, yang bukan sahaja menyumbang melalui saluran rasmi kerajaan, tetapi juga memberi sumbangan peribadi untuk pembangunan sekolah.

Selain itu, beliau turut memberi tajaan untuk pakaian seragam, kasut, dan beg sekolah bagi meringankan beban ibu bapa.

Pengetua SMK Tinggi Sarikei, Ong Yew Ming, yang turut berterima kasih kepada Tiong Sii atas sokongan berterusan beliau terhadap pendidikan di Sarikei.

Lawatan tersebut turut dihadiri oleh Jurutera Majlis Daerah Sarikei, Bobari Bilong Nelson Epoi dan Ketua Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sarikei, Sr Awan Amal.

Related Posts

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. UNIMAS dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara