JPJ Perlis menyamar jadi penumpang, pantau bas ekspres sepanjang Ops HRA 2025

KANGAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mengambil pendekatan luar biasa dengan menyamar sebagai penumpang bas ekspres bagi memantau pematuhan peraturan jalan raya sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025.

Pengarah JPJ Perlis, Noraini Mohd Nawi berkata, strategi ‘covert’ itu dilaksanakan secara berperingkat sejak 24 Mac lalu bagi memastikan pengendali bas mematuhi peraturan sepanjang perjalanan termasuk dari aspek kelajuan dan keselamatan penumpang.

“Sebanyak lapan buah bas ekspres telah dinaiki oleh anggota yang menyamar sebagai penumpang, namun tiada sebarang kesalahan dikesan sepanjang pemantauan dilakukan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Bandar Kangar di sini semalam.

“Strategi ini menunjukkan keberkesanan dalam membendung pemanduan berisiko dan akan diteruskan dari semasa ke semasa, termasuk selepas musim perayaan.

“JPJ komited untuk memastikan keselamatan penumpang bukan sahaja semasa musim perayaan, tetapi sepanjang masa,” katanya.

Selain penyamaran, JPJ turut menjalankan pemeriksaan ke atas 204 buah bas ekspres di terminal utama bagi memastikan keadaan teknikal dan fizikal kenderaan berada dalam tahap selamat.

“Pemeriksaan ini penting bagi menjamin bas yang beroperasi bebas daripada kerosakan yang boleh mengancam keselamatan penumpang,” katanya.

Menurut Noraini, secara keseluruhan sebanyak 8,591 buah kenderaan telah diperiksa dalam tempoh operasi termasuk kenderaan persendirian, perdagangan dan bas ekspres.

Daripada jumlah itu, 521 buah kenderaan diambil tindakan atas pelbagai kesalahan dengan 1,341 notis dikeluarkan JPJ Negeri Perlis.

Noraini menegaskan, JPJ Perlis akan terus melaksanakan kaedah penyamaran ini sebagai langkah penguatkuasaan berterusan, selari dengan objektif meningkatkan keselamatan dan kesedaran dalam kalangan pengendali pengangkutan awam.

Related Posts

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

BERA – Seorang lelaki cedera dipercayai ditumbuk individu tidak dikenali ketika operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Kekal Ramsar, dekat Tasik Bera, semalam. Kejadian kira-kira jam 1.20 tengah hari di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

KUANTAN – Bekas jurutera rangkaian telekomunikasi 5G bagi Wilayah Timur, Ahmad Murad Mat Hasim @ Idris dilantik sebagai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, hari ini. Selain mempunyai pengalaman dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

Kenaikan gaji minimum perlu seiring kos sara hidup, kemampuan majikan

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

Lelaki cedera ditumbuk ketika operasi penguatkuasaan di Lubuk Tambangan

PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

PRN Melaka 14 November, penamaan calon 31 Oktober

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Kerajaan kekal dengan SST, hanya serap elemen baik GST

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

Ahmad Murad dilantik penyelaras DUN Tahan

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026

UNIMAS raih dua anugerah pada Digital Economy Awards 2026