Kebakaran paip gas: KESUMA, MITI kumpul data syarikat, pekerja terjejas

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan merangka senarai syarikat serta pekerja yang terjejas akibat letupan saluran paip gas di Putra Heights.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan arahan tersebut menerusi mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu.

“Berkaitan kejadian kebakaran itu, kita dimaklumkan mengenai isu bekalan gas dihadapi oleh sejumlah syarikat dan kilang yang terkesan akibat penutupan saluran gas.

“Perdana Menteri meminta KESUMA mendapatkan senarai penuh kilang dan syarikat terkesan itu daripada MITI bagi mengumpulkan maklumat mengenai pekerja mereka untuk memahami keadaan dihadapi syarikat dan pekerja berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pascamesyuarat Kabinet, di sini, hari ini.

Tambah Fahmi, berkata Suruhanjaya Tenaga (ST) akan bertemu dengan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) hari ini untuk membincangkan kesan letupan saluran paip itu.

“Dalam hal ini, MITI serta KESUMA sedang berurusan terus dengan pihak syarikat. Kita akan meneliti dan susuli dengan beberapa tindakan,” katanya.

Ujarnya, keutamaan kerajaan adalah untuk membaiki saluran paip dan memulihkan bekalan gas kepada syarikat-syarikat tersebut.

Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas pada 1 April lalu, menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kejadian itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 rumah separa musnah, 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar manakala sebanyak 218 rumah tidak terjejas.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP