Warga Myanmar lemas ketika cari kerang

KUANTAN – Kegembiraan lima sahabat mencari kerang di Pantai Tanjung Selangor, dekat Pekan, berakhir tragedi apabila seorang daripadanya ditemukan lemas petang tadi.

Mangsa, Muhamad Arif Mohd Samsu, warga Myanmar berusia lingkungan 20-an, dilaporkan hilang jam 2.27 petang selepas rakan-rakannya menyedari dia tidak kelihatan di kawasan itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Pekan yang terdiri daripada enam anggota turut dikerahkan bagi membantu pencarian.

“Mangsa ditemukan kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi dilaporkan hilang oleh pasukan bomba dan polis yang menjalankan pencarian di kawasan pantai pada jam 4.15 petang,” katanya.

Beliau memaklumkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi pencarian mangsa membabitkan lima anggota dari BBP Peramu dengan sebuah jentera FRT serta enam anggota PPDA BBP Pekan yang menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

KUANTAN – Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam