Pandai tak semestinya bijak, kebenaran bukan persepsi dibaluti sensasi

API kebakaran paip gas Putra Heights sudah lama padam namun satu perkara lebih cepat merebak daripada api itu ketika ini ialah spekulasi.

Di ruang maya, sudah ada yang ‘membongkar’ puncanya. Tanpa laporan rasmi, tanpa bukti teknikal, mereka sudah tahu segalanya. Hebat sungguh kuasa firasat.

Antara yang bersuara, termasuklah bekas guru, pensyarah universiti, bukan calang-calang.

Orang yang sepatutnya faham beza antara fakta dan firasat namun gelaran yang sepatutnya melambangkan ilmu hakikatnya tidak menjamin bijaksana.

Ya pandai tak semestinya bijak! Mereka mendakwa media ‘mencipta naratif untuk melindungi pihak tertentu’, padahal siasatan masih dalam fasa awal.

Fakta? Tak penting. Yang penting: “saya rasa begini, maka ia mungkin benar”.

Media yang melaporkan berdasarkan kenyataan rasmi pula dituduh menyorok sesuatu.

Mungkin bagi sesetengah pihak, kewartawanan sebenar ialah apabila media melapor ikut desas-desus WhatsApp atau ciapan sensasi tanpa tapisan.

Mungkin ini soal ego. Rasa ingin jadi orang pertama yang tahu. Jadi ‘pahlawan kebenaran’ dalam dunia penuh teka-teki.

Mungkin juga kerana ketidakpercayaan terhadap institusi, lalu lahirlah teori sendiri, yang kononnya lebih jujur dari laporan rasmi.

Atau mungkin, ini soal relevan. Di era media sosial, sensasi lebih laku ketimbang sabar. Tuduhan tanpa bukti boleh jadi tiket popular.

Dan dalam kebisingan itu, kebenaran sebenar tenggelam. Apa pun motif mereka? Marah, kecewa atau mahu tular, elemen itu merupakan hakikat tak boleh dinafikan.

Antara motif utama ialah mereka ini terlampau teruja untuk menjadi ‘Pahlawan Kebenaran’.

Ada orang rasa mereka sahaja yang berani bersuara. Jadi bila berlaku sesuatu isu besar, mereka cepat-cepat tampil dengan teori kononnya untuk membongkar kebenaran yang orang lain tak nampak.

Realitinya, kadang-kadang ini lebih kepada ego dan nak jadi orang pertama yang nampak lebih tahu daripada orang lain.

Motif lain pastinya mereka mahu menunggang sentimen awam kerana sesuatu tragedi besar akan menjadi perhatian besar.

Justeru, bila orang ramai sedang marah, takut, atau keliru, ini merupakan waktu subur untuk menjadikannya relevan.

Ada yang guna ruang ini untuk naikkan ‘engagement’, raih pengikut, atau tarik minat media.

Pendek kata, sensasi itu modal walaupun kebenaran belum jelas.

Namun motif paling mengjengkelkan ialah mereka mahu menggunakan isu ini untuk membuktikan “Aku masih relevan”.

Ada juga golongan profesional yang merasakan suara mereka tidak lagi diberi tempat, jadi mereka cari pentas baharu di media sosial untuk bebas bercakap tanpa sempadan.

Kadang-kadang, apa yang mereka lontarkan bukan untuk mendidik, tapi untuk membuktikan kononnya mereka ‘masih ada’.

Apapun, kalau niat baik disampaikan dengan cara yang salah, ia tetap menghasilkan kesan yang buruk.

Masyarakat perlukan suara yang waras, bukan yang lantang tanpa arah. Yang berilmu sepatutnya jadi penenang, bukan penyulut api.

Kerana akhirnya, kita semua hanya perlukan satu perkara, “Kebenaran bukan persepsi yang dibalut sensasi.”

Related Posts

Pas jinak bila UMNO dilanda skandal?

Oleh: Fathi Aris Omar SEJAK berterbangan tohmahan Pas terima RM90 juta, sejak itulah saya ragui Pas boleh benar-benar serius mahu melawan skandal UMNO. Kemudian muncul berita Pas tidak teruskan saman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Etika berpolitik: Dari politik ketakutan kepada politik penyelesaian

Oleh: Moaz Nair BERPOLITIK atas nama agama dan bangsa tidak sepatutnya dilakukan dengan menabur fitnah atau melemparkan tuduhan melulu terhadap mana-mana kaum. Tular baru-baru ini dakwaan oleh seorang pemimpin agama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP