Kelupis jadi pilihan juadah Aidilfitri di Sabah

MEMBAKUT – Kelupis kekal menjadi hidangan tradisional yang digemari ramai pada sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025, selain turut menjadi juadah utama dalam majlis perkahwinan dan kenduri-kendara.

Dikenali sebagai makanan tradisi masyarakat Melayu Brunei di Sabah, kelupis bukan sahaja enak, malah terus bertahan sebagai simbol warisan budaya yang kaya nilai sejarah, khususnya di daerah seperti Kuala Penyu, Beaufort, Membakut, Bongawan, Benoni, Papar, Putatan dan kawasan sekitarnya.

Seorang pengusaha kelupis secara kecil-kecilan, Flora John @ Nurul Afirah John Abdullah, 51, dari Kampung Brunei, Membakut berkata, permintaan terhadap kelupis tahun ini amat menggalakkan.

“Banyak tempahan saya terima tahun ini, tetapi saya hanya mampu hasilkan kira-kira 1,500 biji kerana proses pembuatan sepenuhnya secara tradisional, tanpa menggunakan mesin. Disebabkan itu, saya terpaksa tolak beberapa tempahan,” katanya ketika dihubungi wartawan TMP.

Menurut Nurul, pada awalnya dia hanya membuat kelupis sebagai hobi, namun mendapat sambutan positif daripada orang ramai.

“Setiap kali perayaan, saya mula terima tempahan kelupis dan sambal kacang. Lama-kelamaan, saya teruskan secara kecil-kecilan,” ujarnya.

Nurul turut berkongsi resepi asas pembuatan kelupis yang hanya memerlukan beras pulut, santan, garam, gula, minyak masak dan daun pandan.

“Untuk 1 kilogram beras pulut, gunakan santan pekat daripada sebiji kelapa. Sukatan santan mestilah sama dengan sukatan beras pulut. Jika lima cawan beras, maka lima cawan santan diperlukan.

“Masukkan sedikit garam, gula dan minyak masak. Didihkan santan bersama daun pandan, kemudian masukkan beras pulut yang telah dibasuh. Masak dengan api sederhana dan kacau perlahan sehingga pulut masak. Setelah itu, pindahkan ke dalam bekas dan bungkus menggunakan daun,” katanya.

Tambahnya, daun ngirik lazimnya digunakan untuk membungkus kelupis, namun beberapa jenis daun lain juga boleh digunakan seperti daun pandan, silad dan palas – bergantung kepada kaedah pembungkusan masing-masing.

“Selepas dibungkus, kelupis perlu dikukus selama kira-kira 40 minit sebelum boleh dinikmati bersama sambal kacang, kari daging, rendang dan sebagainya,” jelas Nurul.

Dia yang berasal dari Kuala Penyu dan kini menetap di Membakut bersama suami berkata, kemahirannya membuat kelupis dipelajari daripada ibu mentuanya semasa sambutan Hari Raya.

Nurul turut berharap agar makanan tradisional ini dapat dikomersialkan ke peringkat antarabangsa sebagai produk sejuk beku tempatan.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula