ESSCOM kekal relevan tangani jenayah rentas sempadan, lindungi Pantai Timur Sabah

LAHAD DATU – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) terus kekal menjadi benteng utama terhadap keselamatan di Pantai Timur Sabah selepas penubuhannya 12 tahun lepas sehingga hari ini.

Penasihat Pertubuhan Pecegahan Jenayah Sabah (PPDJS), Mohd Zaki Harry Susanto berkata, ESSCOM memainkan peranan penting menyelaras operasi keselamatan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Katanya, ESSCOM membuktikan bahawa kewujudannya kekal relevan dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan termasuk mengurangkan kes penculikan untuk tebusan serta aktiviti penyeludupan dan kemasukan pendatang tanpa izin (PTI).

“Statistik menunjukkan sebanyak 59 percubaan penculikan berjaya digagalkan, selain lebih 16,000 PTI ditahan dalam operasi bersepadu yang dijalankan sejak 2013.

“Dalam tempoh yang sama, lebih 500 bot nelayan asing turut dihalau atau ditahan kerana menceroboh perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan sempena ulang tahun ESSCOM yang ke-12, pada Ahad. 

Menurut Mohd Zaki, kejayaan itu turut dipacu oleh penggunaan aset berteknologi tinggi termasuk radar dan dron pemantauan, selain kerjasama rapat dengan negara jiran seperti Filipina dan Indonesia melalui rondaan trilateral.

“ESSCOM berjaya memulihkan keyakinan komuniti tempatan dan pelabur terhadap tahap keselamatan di kawasan ESSZone yang sebelum ini dianggap ‘panas’.

“Meskipun banyak pencapaian diraih, ESSCOM perlu terus diperkasa dengan penambahan aset, latihan taktikal lebih intensif serta penglibatan komuniti sebagai mata dan telinga kepada agensi keselamatan.

“ESSCOM perlu sentiasa bersedia hadapi sebarang kemungkinan termasuk jenayah siber, penyeludupan senjata dan pemerdagangan manusia berikutan ancaman semakin kompleks,” katanya.

Katanya, setakat ini ESSCOM terus komited menjalankan tugas sebagai perisai utama negara di pantai timur Sabah, memastikan perairan dan daratan negeri ini kekal aman dan selamat.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula